Friday, March 8, 2024

Selamat Hari Wanita

"When women support each other, incredible things happen."

Selamat Hari Wanita!.






Assalamualaikum.


Bersempena Hari Wanita ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Blogger yang secara tak langsung telah menceriakan hari-hari saya sebagai wanita selama ini.   Bukan mudah menjadi wanita ya puan-puan.  Cabaran silih berganti. Segala komen-komen yang anda tinggalkan umpama melodi  yang membangkitkan perbincangan yang menggerakkan hati dan minda. Ia bukan sekadar catatan dan pandangan ringan, tetapi bagi saya  satu persembahan yang memperkukuhkan komuniti, memberi inspirasi, perspektif baru yang memberi warna kepada topik yang dibincangkan. Seperti melodi dalam lagu, komen-komen anda memberikan irama kepada blog ini.

Tapi, kita ni manusia biasa, tidak la semuanya tersusun baik-baik saja.  Di balik semuanya ada juga SCHADENFREUDE!.   

"Sam, apa itu schadenfreude?.".   tanya seorang sahabat.




Thanks to my bestie for all yr crazzy ideas.
Love U so much!!!!.  Muah.




Schadenfreude, sebuah konsep yang mungkin tidak kita sedari, adalah suatu bentuk kepuasan yang muncul saat melihat kesengsaraan atau kegagalan orang lain.  Atau mungkin kejatuhan orang lain.   Makanya puan2, berhati-hatilah dalam berkongsi cerita anda.   Schandenfreude adalah hobi buruk di mana seseorang menyenangi saat urusan orang lain tidak berjalan dengan lancar atau dirundung malang.

Mungkin itu adalah refleksi dari ketidaksempurnaan seorang manusia, rasa terhibur melihat kesengsaraan orang lain. Namun, seiring dengan meningkatnya kesedaran diri, kita mampu bertanya pada diri sendiri, apakah kita benar-benar ingin menyimpan atau membuang perasaan schadenfreude ini, ataukah kita ingin berubah menjadi manusia yang lebih baik dengan memberi lebih banyak empati dan kebaikan?.
Tepuk dada tanya selera.  Kerana segala perlakuan sama ada baik atau buruk, akhirnya akan berbalik kepada pelakunya.   Tak percaya?.  Cuba lihat memory FB anda, atau jika tiada fb mungkin diary.. apa yang pernah anda lakukan 10 tahun, 15 tahun yg lampau?.  Kesannya terdampak pada hari ini.   Dampak?.   Bukan typo ye.  Dampak ni macam 'akibat', impak.

Sekian.  Terima kasih.





8 comments:

  1. Selamat Hari Wanita sedunia sis...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Wanita Sedunia siskuuuuuuu hehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Wanita juga..
    Kecik2 dulu lasak, tak suka jadi perempuan... Semua tak boleh buat... Hahaha

    ReplyDelete
  4. selamat hari wanita.,. tanpa wanita dunia tiada apa2.. :D

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Wanita juga diucapkan kepada Kak Hjh. (maaf terlewat).. Terima kasih atas perkongsian tentang schadenfreude. Tidak dinafikan memang betul wujud. Alhamdulillah LZ semak semula Fb untuk tengok semula memori lalu, tidak unsur-unsur begitu.. Kalau boleh nak share kenangan indah sahaja to be a better Muslim..

    ReplyDelete
  6. Semoga lah jangan sampaaaai kita terpikir seperti itu, bahagia di atas penderitaan orang lain 😔. Walopun mungkin itu seseorang yg kita benci, tapi tak bagus juga mendoakan yg jelek2 buat dia kan

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.