Wednesday, April 17, 2024

Jamuan saka di ruang tamu

Assalamualaikum.

Sepanjang bulan puasa aritu, ternampak di instagram beberapa orang (dari timur dan barat) yang berkongsi pengalaman mereka membuat diffuser sendiri di rumah. Ai pun cubalah membuatnya kerana semua bahan memang dah ada di rumah.  Cuma ai sengaja tak meletakkan daun rosemary kerana tidak semua orang sukakan aromanya.





Seperti yang anda dapat lihat, itu lah yang ai bubuh.  Daun pandan, lemon, rempah tumis dan vanilla (masa first time buat, lupa nak letak.. tapi OK je tak letak).  Then rebus hingga mendidih.    Matikan.    Seperti yang diviralkan, bauan ini akan meresap ke langsir dan seisi rumah.

Sama ada hidung ai tersumbat atau apa, ai mula tak terhidu sangat pun untuk menguji keberhasilan experimen ini.    Tapi bila tanya hubby.. beliau kata ada bau2 segar (mungkin sebab baru masuk rumah.   Kita yang dalam rumah tak dapat mengesan kelainannya).

Tapi.. nak kata sampai melekat2 kat langsir tu.. tak perasan ler pulak.  Cuma bila on aircond memang lagi kuat sikit ler bau tu.  Dan ia hanya 'bekerja' bila dalam keadaan panas.   Selang beberapa jam ai terpaksa panaskan semula dalam microwave dan meletakkannya di bawah meja kopi sebagaimana sebelumnya.   Motif : Sebab panas, takut tersandung plak kalau bubuh merata.


"Ma..  menakutkan la benda tu Ma.  Nanti orang ingat kita bela saka pulak." .   Kata Ain.

Hahaha.   Betul juga kata Ain tu... dah la berdaun pandan, bubuh limau lagi, letak pulak bawah meja.. nanti orang ingat ai tengah buat "sesajen" untuk khodam pendamping pulak.   Nauzubillahiminzalik. So, sebelum ianya  mengundang fitnah pada keluarga kami, ai pun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepadanya.


7 comments:

  1. adui...komen yang kelakar...tapi, kalau dekat Malaysia, memang awal2 lagi kena dah...kikiki

    ReplyDelete
  2. teringin nak try.nampak ada kawan share

    ReplyDelete
  3. terkejut i olls baca tajuk hahahaha

    ReplyDelete
  4. hihi.. saka sungguh.. :D.. tp kalau ldy, stp kali org dtg ldy akn terangkan fungsi 'saka' tu.. hihihi

    ReplyDelete
  5. Hahahaha betul kak. Wangi2 pandan ini kadang seram tercium malam. Apalagi kalo ditambah bunga Kamboja , kami sebut nya bunga kuburan 🤣. Paling benar pakai diffuser yg sudah ada sajalah, tak payah nak rebus 😄

    ReplyDelete
  6. Nasib bukan kat Malaysia kak..kalau tak confirm dah kena viral...sini sikit2 viral

    ReplyDelete
  7. Hahaha..rajin akak bela saka ye. Saya kalau buat air jampi ni karang silap2 kucing dok kuis2

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.