Assalamualaikum.
Eid Mubarak!. Maaf Zahir dan Batin.
Alhamdulillah. Best sangat raya kali ni sampai lambat nak wish. Haha. Walaupun penat juga sebenarnya. Pagi Selasa tu kan busy buat kuih dan mengemas rumah, then malam plak "girl day out" dengan Ain dan Cik Q. Saya pun tak pasti napa suddenly supermarket tersohor kat Perth ni bukak sampai malam. Selalu Khamis malam Jumaat je.
Sangkakan balik tu dah tinggal nak berinai2, padicure and manicure... hmmm hampeh!. Pukul 12 malam tetiba hubby tanya apa nak dibawa potluck esok. Sangkakan senyap tak beli daging mentah siang tu sebab sengaja nak bagi isterinya rehat raya kali ni... rupa-rupanya beliau dan anak bujang dia terlupa beli. 😅. Dok busy dua beranak tu ulang alik cari pokok bunga sampai terlupa perkara utama.
Nasib baik lah ada pasaraya 24 hours yg jual daging halal. So, bergegas mereka ke sana. Sementara saya dengan mata yg semakin layu pun cepat2 siapkan bahan. Nasib baik ketupat segera memang dah masak untuk iftar dan agak banyak juga. Kuah kacang pun dah ada.
Akhirnya settle. Sengaja tak buat lodeh sebab malas nanti tumpah kat tengah jalan. Ni pun dah laku keras dan muai untuk semua. Alhamdulillah.
Petang pula, beraya rumah kawan. Sedap betul beliau masak soto madura.
Selamat hari raya kak...
ReplyDeleteSaja lah tu incikSuami nak bg vibes hari raya... Kalau dulu2 kan malam raya semua bersengkang mata, memasak juadah raya... Kikiki
Selamat menyambut raya aidilfitri
ReplyDeleteseronoknye dapat merasa beraya di tempat orang..
ReplyDeleteAaaw soto Madura 😍😍. Dah lamaaa saya tak makan soto madura 😄.sukaaa soto ini, nasib baik dj jakarta ada yg jual. Tak payah ke madura jauh2 😅
ReplyDeleteEh btw, saya belum ucap hari raya ke kakak 😄. Minal Aidin wal Faizin, mohon maaf jika ada Kata2 yg mengguris hati selama berkomentar ya kak 🙏
ReplyDeletePersiapan juadah pada saat-saat akhir.
ReplyDelete