Friday, June 28, 2024

Roh Masuk Semula Ke Dalam Jasad

Assalamualaikum w.b.t

Know-know kat Johor Bahru. Biasa lah ai ni, kejap di sana kejap di sini.  Jangan terkejut pulak.  (Sesuai la dengan gambar di header blog yang direka oleh abang saya tu - Antara Malaysia dan Aussie).

Ya Allah guysss.. punya la happy ai dibawa ke Johor Bahru, rasa macam roh masuk semula ke dalam jasad. 😁😂😂.   Teringat masa awal-awal blogging, semua cerita berkisarkan JB.   



Makan di Restoran Rahmat, Kampung Pasir, Pasir Gudang.   Terus teringat Ain masa kecik2.

"Ma.. kita nak pegi Pasir Udang.".   Ya la tu.. udang butter ke udang goreng kunyit Syg?.

Masa kami makan ni, dihidangkan dengan pemandangan kanak-kanak sedang riang ria melompat terjun dari jeti.   Kemahen happy, ada yang terjun dari bumbung.  Nampak begitu menyegarkan.

Tapi tak de la ai jelez, sebab ai pun tengah happy masa tu, berakibat dapat turun ke JB tu lah. Haha.   Bahagiaku cara sederhana guyss.   Agaknya kalau datang situ time sedih, mesti ai pun nak ikut kanak2 tu terjun sekali untuk hilangkan stress.




Entri makan2 untuk restoran ini dah biasa ai buat belasan tahun dahulu, so ai tak perlu ulang cerita untuk kepergian kali ini kerana restoran ini tak ada beza.  Semuanya kekal superb, termasuk lah wajah owner dia pun, seingatnya macam tu je dari dulu, macam tak tua-tua. 😂


Pisang tanduk di Ayer Hitam.


3 comments:

  1. Assalamualaikum sis, kehidupan yang bahagia, bila duduk di sana melawat di sini, seperti kanak² happy di jeti kan.. Enjoy your stay sis, terus ke Kl juga ke?

    ReplyDelete
  2. Haah tengok-tengok ada berita di JB. Kejap nanti di KL kemudian di Aussie.
    Alhamdulillah dapat kembali ke JB semula. Saya pula rindu tempat tinggal saya di BBU.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.