Assalamualaikum guyssss!.
Cik Q operate gigi geraham minggu ni, so agak meragam sikit, jadi Mama kena masak menu yg lembut-lembut macam bubur dan sup. Disebabkan selera beliau ni agak western, Mama pun buat la sup zuchini supaya beliau rajin makan dan lekas sihat. Utk nota : Semalam Mama dah buatkan sup melayu dan bubur.
zucchini and carrot
1 zucchini besar atau 2 zucchini kecil
1 lobak merah saiz sederhana
5 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak (Miss Mirror guna minyak zaitun).
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung (Miss Mirror guna tepung gandum)
1 gelas air Susu
4 cawan air panas
Sayur hiasan - Miss Mirror guna dhill. Jika tiada atau di Malaysia sgt mahal, anda tak perlu letak pun tak apa. Boleh je letak daun celeri.
garam dan perasa ikut suka (mungkin chicken stok atau sbgnya.. tapi Miss Mirror tak ada).
Lada hitam
Cara :
Pertama sekali, potong zucchini dan lobak merah menjadi kiub kecil. Jika anda mahu, anda juga boleh memarutnya saja.
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk.
Mula-mula tumiskan sedikit lobak merah. Kemudian masukkan zucchini. Taburkan tepung.. biar sayur agak roasted.
Kemudian tuangkan air panas ke atasnya dan masak sehingga sayur-sayuran empuk. Bila sayur dah empuk, masukkan garam, perasa sayur jika ada dan bawang putih parut (Miss Mirror cincang2 saja).
Akhir sekali, masukkan segelas susu suam, dhill yg dicincang halus dan lada hitam, renehkan seketika, kemudian bolehlah disajikan dalam mangkuk.
Tabur parmesan cheese jika suka.
Nota :. Jika tiada zucchini jangan guna timun pulak, sebab sifatnya berbeza... boleh ganti dgn kentang je.
Best jugak tu kalau dapat cicah garlic bread. Kalau operate gigi memang kena makan yang lembut2 jela. Semoga cepat baik. Cie 2x pengalaman operate geraham 😅
ReplyDeleteUntung dapat mama yang penuhi selera makan.
ReplyDeleteWow nampak sangat menyelerakan sup zucchini + carrot ini yer! ^o^ Siap boleh tabur parmesan cheese. Yummy nye. :)
ReplyDeleteAhhhhhh thank you for recipe kak 😍😍😍. Zucchini ini memang agak susah sikit. Adaaa tapi mahal juga kalo di sini 😄. Saya nak buat. Soup krim seperti ini anak2 sukaaa. Apalagi makan dengan roti.
ReplyDeleteNampak menyelerakan tu .
ReplyDelete