Assalamualaikum guyss.
Kepada yang tanya, ai dah jumpa durian ke belum. Alhamdulillah.. Dah lama dah jumpa. Semalam pun makan durian lagi di Taman Kota Warisan, Putrajaya. Padahal banyak je area berdekatan yang menjual durian tapi tetap juga nak ke sana.. sebab nak habis-habiskan minyak kereta hubby yang terlebih-lebih. 👻. Ahakz!. (Tak lah... nak hiburkan my MIL sebenarnya).
Sebenarnya bukan apa, sesaja nak beralih angin. Sambil makan durian, kami berbual-bual di meja yang disediakan dan menikmati pemandangan sekeliling. Memang betul, kadang-kadang kita perlu keluar dari zon selesa untuk mencari angin baru. Momen ini bukan sahaja tentang durian, tetapi juga tentang menghabiskan masa berkualiti bersama orang-orang penting dalam diary hidup kita sebelum habisnya cuti dan kembali memerah otak semula.
Sekali sekala keluar kawasan.. Baru rasa release sikit.. Hihihi
ReplyDeleteHabiskn minyak kereta yer.. patut la.. pernah tanya wie nak makan apa.. bila sampai satu tmpt dia macam moncong.. faham la kita tak nak makan situ.. dibawa pulak ke tmpt lain.. istilah habiskan minyak hahhaahaa
ReplyDeleteMahbub kat bangsar huhuuu.. ayam madu dgn nasi ala kenduri.. tak makn rugi... makan pulak kenyang sudah hahahaa
ReplyDeleteAssalamualaikum, bestnya jalan² cari makan, ke Putrajaya, Bangsar, sedap ala nasi kenduri dengan ayam mad tu. Enjoy your holiday sis.
ReplyDeleteDurian tu paling menari. Sedapnya 🤤
ReplyDeleteLamanya SA x makan kat Mahbub...kena pi lunch sini la..
ReplyDeletewaahhh duriannnnn! keluar jauh sikit takpe yg penting berbaloi-baloi hehehe
ReplyDeletedurian yg sgt sedap... semoga MIL akk sentiasa sihat yer...
ReplyDeleteIssh tak tau pula pasal resto mahbub ini. Nanti lah ke KL lagi singgah makan sana 😄. Kliatan sedap.
ReplyDelete