Wednesday, July 31, 2024

Healing Sendirian Di Bandar Perth

Assalamualaikum.

Ber”me time” di bandar.  Week day macam ni kawan-kawan di sini kebanyakannya sibuk di kelas. Maka saya tak nak mengganggu mereka.  Saya dah melalui semua zaman itu.  Dah jadi “trend” sekarang, ibu-ibu yang dahulunya berkorban membesarkan anak, kini kembali semula ke kuliah setelah anak-anak dah besar (ke Uni atau bekerja).  Ia satu fenomena yang sihat.

Teringat keluh kesah seorang Makcik masa saya balik Malaysia aritu, betapa sedihnya beliau tak dapat menyambung pelajaran (kerana berkahwin di usia muda) hingga hampir setiap hari beliau bermimpi pegi sekolah.   Walau pun saya bukan Ahlil Penafsir Mimpi, tapi dari situ pun kita boleh nilaikan tahap mana rasa terkilan beliau tu.   

“Jangan sedih-sedih Makcik, bukankah sekarang anak2 Makcik juga telah berjaya. Kejayaan seorang ibu dapat dilihat melalui hubungan yang harmoni dan penuh kasih sayang dengan anak-anaknya. Anak yang bahagia dan sihat adalah tanda aras ibu yang berjaya dalam memberikan persekitaran yang menyokong.”




Dalam perkembangan lain, sebuah jambatan baru sedang dibina di Perth. Difahamkan ianya bakal mempunyai laluan berkongsi selebar 6 meter bagi meningkatkan keselamatan dan kesalinghubungan bagi pejalan kaki dan penunggang basikal yang bergerak di antara Perth CBD dan Victoria Park. Pembinaannya telah bermula pada akhir tahun 2023 yg lalu dan insha Allah dijangka siap pada akhir tahun 2024 ini.









Snap untuk Cik Q sebenarnya tapi saya pasti bukan beg ini yang beliau sedang cari sebab cenonet.    Rajin bawak bekal Cik Q sekarang sebab cita-cita dia dari kecik nak jadi Billionaire.   Kekeke.


Singgah Water Town dan makan di sini.   Cuaca sejuk buat kita asik lapar.





Makan sensorang pun jadi.  Nasi Ayam. 

motif entry :   dituju untuk Encik Suami yang musykil ke mana saya seharian waktu beliau busy betulkan kereta.😂 Tidak la ke mana sangat, sekadar jalan-jalan cari bahan content dan ambik angin.   Sebelum keluar, saya dah pun masakkan beliau Ayam Lomak Cili Bukan Padi dan malam pula Macaroni Cheese. 

2 comments:

  1. syoknya healing ronda town mkn & menikmati view hehe

    ReplyDelete
  2. Dah lama linda tak me time sengsorang nie.. Hihihi..
    Eh, rase mcm ada senior sorang yg duduk area victoria tu.. Tak pasti plak betul ke tak... Kalau dekat2, ntah2 kenal juga...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.