Friday, August 30, 2024

Akibat menonton kisah Janna Nick dan Asraf Muslim di malam Jumaat Keliwon

Entri optimis pun ai dah buat pada entri yang lepas, jadi sekarang kita nak merepek dan niang rapik plak ye.  Supaya ada imbangan dalam blog ini.  kekeke.   Alkisah malam tadi ai tengok  podcast si Janna Nick buang saka  (dah masuk siri kedua ai tengok), menonton pulak di malam hari.. dalam pukul 10 macam tu.   Kami baru balik dari makan-makan ayam paprik nun di hujung kampung terpencil.


Sorry... video ni bukan podcast tu ye (tak kan ler ai nak plagiat video orang plak kan), ini "antu" kat sebuah pasaraya di Perth.   Saja je untuk memeriahkan suasana.  Kalau malas nak tengok video ni pun.. tak pe, abaikan je lah, menghabiskan data je nanti. Hihi.




Sedang khusuk mendengar, ai berkelubung sebab sejuk sangat, hubby suka pasang aircond kuat sangat.  Jadi ai terus fokus la dengan perbualan Janna dan... sorry tak kenal sangat lelaki tu sebab lama dah tak follow artis-artis muda sekarang ni.  Eh!  Tetiba terdengar bunyi benda berat terjatuh.   Mula ai ingatkan hubby blom tido lagi.   Jadi ai abaikan je lah, ai pikir mesti hubby terjatuhkan sesuatu atau mungkin kalau ada pun, benda tu dari luar rumah...  Tetiba lama-lama ai macam meremang la pulak.   Terus la ai terjerit dan hubby pun terbangun.  Cek CCTV.  Tak ada apa-apa pun yang mencurigakan.  Hihi.  Last2 ai kembali menghabiskan pod cast tu untuk memastikan yang suara-suara tu datangnya dari video mereka.  Tapi tak ada ler pulak.   Tak tau lah.. mungkin ai yang terlebih fokus menonton kot sampai terbawa-bawa ke alam nyata.   Haha.

   

4 comments:

  1. 😅😅 terkadang kalo sedang fokus sangat atau malah sudah mengantuk, pikiran jadi suka kemana2 kak 😅. Kalo saya case-nya sedang menonton tv tp juga mengantuk. JD mungkin antara sadar dan tak sadar terbayang lain 😅.

    ReplyDelete
  2. apa yg terjatuh tu MM? suspen pulak sy baca

    ReplyDelete
  3. Kakmim - Mungkin betul apa yg Fanny cakap tu. Penat sangat sampai terbawa2 dalam ketakutan. Suasana pulak tgh sunyi sepi.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.