Tuesday, August 27, 2024

Dalam container VS Berkulit

“Dik, napa yg ni RM80 cuma dapat 500 gram, sedangkan yg tu 1kg cuma RM33?.”.   Ai tanya dengan adik yang jaga kaunter durian semalam.

“Yg tu lain kak..”.  Jawab adik tu.   

Lain mcm mana dlm hati ai.   Nama sama je.. “Musang King”.

“Lain sebab berkupas ke Dik?.  Yg RM33 tu sebab timbang dgn kulit2 sekali?”.  Ai tanya semula seolah2 tanya sendiri jawab sendiri. 😂

“Ya. Betul.”   Jawab mereka.  Berwajah ceria dan ramah tamah semuanya.  Ya lah remaja!

So, ringkasannya, tu ari ai cakap durian Musang King RM80/500 gm sebab ai beli yang dah berkupas masuk container.   Sebenarnya kalau beli dengan kulit-kulit sekali sekadar RM33/kg sahaja.   




Sekali lagi ai beli yang berbungkus container sebagaimana yg hubby pesan. Rupa-rupanya dapat serawa durian percuma.  Alhamdulillah. Happy kemahen sebab dari aritu nak beli, asal datang je lupa.  Thanks Dik.

Ingat nanti nak buat juga serawa durian sendiri tapi idok ler pakai Musang King.  Beli MK ni kita makan fresh baru berbaloi.



My MIL memang peminat Musang King.  Tapi kalau nak beli kena sikit2 macam ni baru thrill dan sedap. Kalau beli banyak2 terus dan frozenkan spt yg beliau cadangkan mesti dah tak best pula.  

p/s :   Saja je update blog (walaupun tak de cerita penting) sebab nak hilangkan senoneng dan rehat kejap sebelum menyambung tugasan.   Dengarnya ada pesta pokok kat Putrajaya.  Tak de ke orang pegi?.  Ok.  Done promo utk negara.


2 comments:

  1. SA nak pergi Putrajaya tu kak, tapi Pak Zain x berapa sihat plak nak tinggalkan...kang bawak dia kang mau kena bawak kerusi roda arwah Mak Pah..at this age dia x kuat jalan dah

    ReplyDelete
  2. Dah murah harga musang king sekarang

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.