Assalamualaikum guys.
Sangkakan diajak pos barang, rupa-rupanya masuk Post Office untuk ngeteh. Jika di Aussie, Cawangan Pos biasanya dihadirkan bersama jualan-jualan cenderahati di dalam bangunannya, belum pernah jumpa yang ada cafe begini. Ianya satu keunikan dan pengalaman baru buat saya.
Rupa-rupanya baru dua bulan dibuka, cafe di Pejabat Pos Batu Pahat ini merupakan sebuah kafe yang terletak di dalam bangunan bersejarah Pejabat Pos Batu Pahat, Johor. Ia sebenarnya sebuah bangunan lama dengan elemen seni bina kolonial tapi tak sempat nak snap kerana cuaca di luar yg agak panas. Ai kan “omputeh”. kekeke. (Hatiku yg putih. Ahakz).
Menawarkan menu yang terdiri daripada pelbagai jenis minuman, kek, pastri, dan hidangan tempatan yang sesuai untuk sarapan atau makan tengah hari.
Lokasinya strategik di Jalan Rahmat dan mudah diakses bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Batu Pahat.
Alhamdulillah. Sejujurnya saya berbangga dengan usaha yang unik ini, sekurang-kurangnya menghidupkan kembali keceriaan Batu Pahat. Moga bisnes terus maju.
Menarik! Boleh santai-santai bersama tersayang.
ReplyDeleteAmie - Betul tu. Vibes pun ala2 overseas.
DeleteWah.. Menarik.. Kalau p Batu Pahat nie, boleh ajak adik p Pejabat Pos nie
ReplyDeleteSelalu terbaca Linda rajin pegi BP kan. So this post is dedicated to you..😁
DeleteBijak sangat buat cafe di pejabat pos.. kalau ada urusan dan que panjang mmg pekena la secawan dua coffee.. ada pulak pastry.. mmg terbaik lah..
ReplyDeleteTT - Betul. Mengurangkan stress rakyat Msia yg dah ramai stress. Hihi.
DeleteUnik... kalau sy suka tempat yg x brp hipster mcm ni
ReplyDeleteKakmim - I see. I like both but this kind I love more.
Deletekt klang pun ada tapi tak berkesempatan nak cuba
ReplyDeleteDeqsu - Tu la Kak Sam tertanya2 juga, mesti ada byk lagi di cawangan2 Pejabat Pos yg lain.
DeleteUsaha yang bagus dari Pejabat Pos. Habis pos barang, boleh lepak minum kopi.
ReplyDeleteBK - Betul. 1 idea yg bernas.
Delete