Saturday, October 5, 2024

Adab Berbual Dengan Suami Orang

Assalamualaikum.   Selamat berhujung minggu.
Baru-baru ini, terbaca satu soalan random kat sos med yang menarik perhatian: 

“Girls, how do you feel about female neighbours who greet your husband instead of you?”

Macam-macam jawapan netizen, ada yang berkata, “That’s weird. That’s so disrespectful. Immediate dislike them.” 

Dan ada juga yang berkata, 

“It's fine if they're 90 years old.” 

Hahaha! Setuju yang last tu! Kalau jiran tu jauh lebih tua dan dah macam nenek2, kenapa nak risau?.    

Ai teringat pengalaman sendiri. Alhamdulillah, sepanjang tinggal di Malaysia zaman anak kecik2 dulu, kami selalu dapat jiran dari pelbagai latar belakang. Selalu ditakdirkan berjiran dengan India dan Cina.  Mereka sangat baik dan malah lebih pandai pula menjaga “ikhtilat”.    

Bila kat Aussie pula, kebanyakannya omputeh. Dan yang beruntungnya ai selalu dapat jiran-jiran nenek-nenek yang rajin menyapa dan malah ngopi2 bersama (dgn ai lah, bukan suami).  Adakala datang rumah,

Mungkin bagi omputeh, menyapa suami adalah tanda mesra. Lagipun, takkanlah nak marah pada nenek yang ikhlas bertegur sapa? Selagi mereka hormat, kita pun tak ada halangan, kan?.


Ok lah puan2, ai tak nak tanya sama ada u guys pernah lalui masalah seperti topik ini atau tidak kerana ia akan menjurus kepada sessi pembawangan, cuma bersempena  ai bermusafir ini, ai doakan untuk yang ada problem seperti itu, moga wanita itu (tak kira la jiran U ke, kawan sekerja suami U ke, kawan sekolah) moga mereka itu diberi hidayah.  Kalau masih tergedik2 jugak moga mukanya tumbuh rumput yg maha panjang dan menakutkan. Kah kah kah.  Aamiin.


p/s. :   Disiplin bermula dari rumah.  Ai pun selalu pesan pada anak2, kalau nak berbual dengan kawan sekolah (lelaki), jangan lupa sapa lah dulu isteri mereka.  Kerana ia akan membezakan kita classy atau sebaliknya.  



No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.