Sunday, October 27, 2024

Selekeh pegi mall sebab mall dekat dengan rumah?

“Kalau ada orang pakai selekeh kat mall tu mungkin mall tu dekat dengan rumah mereka.  Don’t judge.”   Tengah viral sekarang.

Buat entri tentang mall tersebut dengan bukti bergambar untuk menunjukkan situasi keselekehan tersebut. 

Buat entri boleh saja!!.  Tapi nama mall haruslah dirahsiakan.  It’s about privacy.   Tapi sebenarnya ai jarang berselekeh even pegi mall, ai hanya selekeh jika pegi jogging.  Tapi pernah la jugak selekeh jika tak keluar bersama suami. Tapi selalunya time tak bersiap tu la tetiba terjumpa kawan.  Lagi-lagi kat Aussie  ramai pelancong dari tanahair.   Sebab tu ai jarang berselekeh tanpa sebab yg konkrit.




Ok ini sebuah mall di Aussie.   Tak de la selekeh sangat kan?.   

Punca lain yg menjadi sebab ai tak nak berselekeh ketika shopping ialah…  selalunya kalau kita keluar dlm keadaan selekeh, kita akan terhasut untuk membeli banyak produk (contohnya skin care, baju atau apa2 saja). Tetiba je beli perfume padahal perfume kat rumah dah bersusun, semua berpunca sebab terasa diri selekeh ketika itu.  Ia sama kisahnya kalau kita sedang lapar ketika shopping, pasti belian kita lebih banyak berbanding ketika perut tengah kenyang.

By the way, itu ikut keselesaan masing2. Antara punca orang selekeh pegi Mall (yang berdekatan dengan rumah) ialah sebab nak cepat.   Sebab nak bersantai2, ngopi2.. rasa lebih selesa dan ringkas dengan T shirt dan wajah polos. 




2 comments:

  1. Itu bukan selekeh Kak Hjh tp up todate. Selekeh itu subjective, pada LZ selekeh itu berpakaian lusuh, berbau, pakai sandal tandas, kusut masai.. Kalau setakat tak make-up, tak spray perfume tp takde bau badan masih boleh tolerate. Mungkin not presentable sahaja..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.