Thursday, October 3, 2024

Suara Hati Seorang Suami



Tiada suami yang jujur!!

Dengarlah, wahai isteri..
Di balik senyuman suamimu yang manis 
Ada beban yang tak pernah terungkap
Ada derita yang tak pernah diadukan
Hinaan yang menusuk, caci yang menghujam. 
Mungkin di jalanan, mungkin dari orang-orang yang 
dia berurusan.

Setiap langkahnya adalah pengorbanan yang tersembunyi
Tangan yang kotor, peluh yang mengalir tanpa henti
Caci maki, marah yang diterima, beban yang digalas
Disimpan dalam diam, di sudut hati yang paling dalam
Kerana dia tahu, di rumah ada kasih yang harus dijaga,
ada hati yang harus dilindungi,
ada tangan2 kecil yang mengharapkan sesuap nasi. 





Tahukah kamu, wahai isteri-isteri,
Suamimu tidak pernah jujur!.
Di balik senyuman tenangnya saat melangkah pulang,
Ada peluh yang telah diseka,
ada tangisan yang telah kering.
Sebelum pintu rumah dibuka..dan semuanya kelihatan baik-baik saja.


Dia sembunyikan semua,
Agar kamu tak perlu risau,
Agar anak-anak tak perlu tahu,
Betapa berat dunianya yang harus dipikul. 

Sebenarnya.,
Langkahnya letih, jiwanya telah lelah,
Namun dia tetap berdiri, teguh walau rapuh,
di saat dunia tak bersahabat,
Dia memilih diam, menelan segala tangisan.

Wahai isteri-isteri..
Tahukah kamu kalau suamimu baru mempertaruhkan nyawanya demimu dan anak-anak?. Tahukah dirimu kalau mungkin suamimu menahan lapar asalkan pulang membawa wang?.   Sebelum kau marah padanya, lihatlah., renungkanlah.


Sekian.  Nukilan : Miss Mirror .



3 comments:

  1. Semoga SA menjadi seorang isteri yang memahami jerih payah seorang suami yang keluar mencari rezeki...buat suami jangan diambil kesempatan terhadap isteri atas segala kebaikkan dan kesetiaan yang di tunjukkan...

    ReplyDelete
  2. Dah menjadi kebiasaan lelaki pendam di hati dan biarkan masa yg melupakan apa yg telah berlaku..

    ReplyDelete
  3. Baca nie.. Terus rase banyak dosa ngan suami... Hihihi...semoga yang baik2 je untuk sang suami, terus diberi kekuatan dan kesihatan dalam menjadi ketua keluarga... Aamin2

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.