Alhamdulillah, Cik Q dah selamat sampai di Perth setelah bercuti 4 hari di KL. Budak bertuah ni, bayangkan dia ambil flight transit di Bali sebab menyangka boleh jalan-jalan di sana. Adohai, masa Mama cerita pasal transit, tak nak dengar betul-betul. Sayang oii, kalau transit, kita cuma duduk dalam flight je, bukan boleh keluar jalan-jalan!.
Dalam pada rasa menyesal sebab tak memilih direct flight from KL to Perth, masih ada silver lining, at least dapat contact Mama & Abah masa transit.
Walau pun sekadar 4 hari tapi alhamdulillah aktiviti padat dan semua item yg dia nak beli, dapat. Abahnya yang busy pun sampai ambik cuti semata-mata ingin berbonding time dgn anak daranya. Malah bukan itu saja, sampai sanggup temankan naik MRT bila Cik Q nak jumpa kawan-kawan. Betul2 dah macam cerita Papadom.
Ai pun apa lagi, mesti lah join sekali. Tambahan pula, di hari yg sama Si Ain ada kirim hadiah wedding untuk kawannya di Malaysia, tapi Cik Q tak nak sampaikan dengan alasan Bahasa Melayunya dah sangat teruk sekarang. Dia takut tersalah cakap. Padahal sekadar hantar hadiah je pun, tak perlu jadi Pakar Bahasa. Kemarin tu kerugian duit masa beli skirt sebab salah faham dengan sales girl. Aduhai, entah apa yang dia faham dan apa yang dia jawab. 😅
Btw, jangan risau, dia masih boleh bertutur cuma untuk memahami butiran cerita kadang sering ada salah fahaman dan perlukan pantauan kami baru dia yakin untuk berinteraksi dgn orang lain.
Selain shopping hand bag di KL, Cik Q juga berpeluang singgah di Tamarind Square. Tempat ini memang digemari remaja—bagi mereka, 'hutan hipster' di tengah-tengah bandar adalah suatu keunikan. Sewaktu kami sampai, ramai anak muda berbaju jubah konvokesyen sibuk berposing di sana sini.
Alhamdulillah... Walaupun 4 hari.. Nmpknya hari cik Q padat dan terisi penuh.
ReplyDelete4 hari dapat spend time together pun dah sangat2 bermakna tu.
ReplyDeleteBerarti transit tak lama Krn tak sampai kluar pesawat ya kak? Saya selalunya memang paling suka transit, kalo bisa pilih yg lama sekalian 🤣. Sajaaaa nak jalan2 kluar hahahaha. Apalagi kalo kota transit nya favorit saya. So far saya paliiiing suka kalo transit di KLIA, Qatar, atau Uzbekistan macam kemarin. Changi saya tak suka. Baguuus memang, tapi segalanya mahal hahahahah
ReplyDeleteFanny - ya, I rasa sbb faktor masa, kerna cuma 1 jam.
Deletesaya tak pernah transit naik flight (sbb naik flight pun brp kali je sepanjang usia 45 ni ahakss)...selalu transit tukar tren je haha. Nak jugaaaaaa taknak kalah si ammi ni
ReplyDeletelama tak jejaj CM tu.. dekat 20 tahun dah
ReplyDelete4 hari pun okey la Cik Q, aktiviti padat kan...
ReplyDelete