Sunday, November 10, 2024

Manusia berubah selepas berkahwin?



Puluhan tahun yang lampau..

“Sam ni Akak tengok tiap hari asik keluar je, Akak takut nanti kalau Sam kawin Sam akan ‘terkejut’,” ujar housemate.

Waktu itu, saya tak terasa hati, cuma terfikir juga. Mungkin beliau ada pandangan sendiri tentang cara hidup saya yang mungkin berbeza dengan harapannya.








Kemudian, Puluhan Tahun Kemudian...

“Napa Mama tak keluar jumpa kawan-kawan Mama?” tanya Cik Q, dua hari lepas seolah-olah copy paste ayat si Ain di tahun sebelumnya pula.

“MM... napa MM tak keluar?” soal ibu mentua di hari yg lain. Mungkin berasa sedikit bersalah kerana saya lebih banyak berada di rumah menemaninya.

“U kalau boring jalan-jalan lah dengan kawan-kawan U.” cadang Encik Suami sudah kerap kali.

Bukan tiga soalan ini sahaja, banyak lagi pertanyaan serupa kadang dari staff, juga anak-anak lain, kecuali Mr Shashal, yang mungkin lebih memahami Mamanya dan tidak pernah mempersoalkan perkara ini.

Dan saya?. Diam. Tiada jawapan untuk semua soalan itu.




Selain jika terpaksa menghadiri meeting atau tugasan, saya memang lebih suka mencari ketenangan di rumah.  Keluar bila “me time” dengan hubby je.

Lantas hal ini membuat saya teringat kembali kepada kata-kata Ahkak housemate saya puluhan tahun lalu itu, saya akhirnya membuat kesimpulan, kadang-kadang penilaian orang terhadap kita terbatas pada masa atau fasa tertentu. Tanpa mereka menyedari, kita sebagai manusia boleh berkembang dan berubah mengikut keperluan dan pilihan hidup kita.

4 comments:

  1. Saya juga lepas kahwin, tak berapa berkawan dah. Huhu..

    ReplyDelete
  2. Tidak payah tunggu kahwinpun rasanya akan berubah apabila masanya.

    ReplyDelete
  3. gitulah kak..ammi dulu masa bujang dapat balik awal bukan main kaki ni terus je ke shopping mall. Bila dah kawin tiada anak pun masih lagi buat perkara yang sama.

    tp sekarang, walaupun dapat balik awal sekitar jam 2, otak tu macam terus nak balik rumah. padahal bukan ada sesiapa pun kata "u have to come back at this hour"... entahlah. atau kita berubah seiring usia

    ReplyDelete
  4. Seiring waktu nya... Manusia biasa akan berubah... Kalau tak berubah, tak normal.. Ehhh... Hahaha

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.