“Flights to and from Bali are being cancelled across Australia due to an ash cloud.” #9News
Terbaca berita ni sujud syukur Cik Q ambik flight sehari sebelum hari kejadian. Jika tidak, satu hal pulak nak kena beli tekit lain sedangkan pelbagai tanggungjawab telah menunggunya di Perth.
Dalam entry hari tu ai blom habis cerita sebenarnya, dalam masa empat hari yang terhad, Cik Q gunakan sepenuhnya untuk menikmati menu-menu di restoran2 yang dirinduinya. Memanglah masakan Mama dan Atok tetap di hati, tapi dia kata, semua itu boleh dinikmati bila kami pulang ke Perth bila-bila masa. Jadi, pulang ni dia nak fokus pada yang susah nak dapat di sana. Antaranya ayam gepuk di Putrajaya ini.
Tak ingat exact address tapi google je lah ayam gepuk Putrajaya. Masya Allah sedap rupa-rupanya ayam di sini, patutlah Cik Q craving sangat. Rasa dia macam ayam kampung pun ada, kejap macam burung. Antara dua tu lah. Tapi sambal dia, agak pedas sikit. Just my personal opinion ya. Cik Q pulak ok je. Ai berkongsi makan dengan hubby sementara Cik Q makan sensorang.
Makan sedap-sedap macam ni ai tak boleh kongsi di wassap group family nanti si adik akan terkecur liur, kesian pulak sebab dia tak dapat ikut balik kepulangan kali ini, bukan hari cuti kan.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.