Friday, January 17, 2025

Birthday Blues


Once Upon a Time…
(Masa tu ai muda belia lagi). Single. 

Senja kian merangkak pergi, lampu office telah semuanya kami padamkan tanda ingin pulang. Tetiba... 

"Sobszzzz!!"
Terdengar esakan seorang teman sepejabat. Umurnya mungkin dalam 40-an, (tak pernah tanya lah pulak). Selalu kemain ceria Chinese Lady ni, tetiba menangis pula?. Rupa-rupanya hari itu adalah hari lahir beliau, tetapi suaminya outstation. 

Sorang kakak opismate yang masih tinggal cuba menenangkannya. 

Sementara itu, ai, yang waktu itu single dan belum mengenal dunia sangat, hanya diam membatu. Macam Barbie doll—eh tak, macam batu bata. 😂😂. Tapi ada la ai pujuk juga sikit2.. Kalau sekarang ni, mungkin ai dah bawa beliau keluar dinner untuk menghiburkan hatinya nan lara kerana lebih pengertian seiring usia gitchew! 


Fenomena "Birthday Blues"

Hari lahir sering dikaitkan dengan kebahagiaan, kejutan, dan kasih sayang. Namun, apabila ekspektasi ini tidak dipenuhi, ia boleh mencetuskan rasa sedih atau tidak dihargai. Ini lah yang dipanggil “Birthday Blues”. 

Bagi wanita, terutamanya seorang isteri, naluri untuk merasa dihargai dan disayangi oleh pasangan sangat mendalam. Ini sejajar dengan teori Love Languages (Gary Chapman, 1995), yang menyatakan bahawa ramai wanita merasakan kasih sayang melalui:
  • Ungkapan verbal (kata-kata cinta), 
  • Hadiah kecil sebagai simbolik, 
  • Atau perhatian yang ditunjukkan dengan perbuatan kecil.


Apabila perkara ini "hilang" pada hari-hari istimewa seperti hari lahir atau anniversary, ia boleh memberi kesan kepada emosi. (Tapi tak la semua orang). 

Tambahan pula, seorang isteri yang sering memberi tanpa meminta balasan mudah terasa apabila tiada penghargaan, terutamanya pada hari bermakna mereka.



Psikologi di Sebalik Perasaan In

Kajian menunjukkan manusia cenderung mencari pengiktirafan sosial, terutama pada hari yang dianggap penting dalam hidup. Ketiadaan pengiktirafan ini boleh menjejaskan harga diri. Mereka mungkin akan mula membandingkan diri mereka dengan orang2 di sekeliling mereka.


Namun, ada hikmahnya jika kita melihat perkara ini dari sudut lain. Hari lahir boleh dijadikan momen refleksi untuk mensyukuri usia yang masih diberi peluang oleh Allah SWT, peluang untuk bertaubat sebelum dijemput pulang. 


Thanks hubby for the birthday treat.  






Thanks juga untuk Ain dan menantu ai sebab ada special gift tahun ni. Insha Allah nanti ai update lagi. (Tersambut birthday 7 hari 7 malam pulak tahun ni 😂😂). Masya Allah tabarakallah.


Untuk Yang Mengalami “Birthday Blues” Bagaimana Mengatasinya? 

Ubah Ekspektasi
Tidak salah untuk merancang sambutan sendiri, seperti keluar makan atau membeli sesuatu yang kita suka. 

Postpone
Hari lahir tak akan lari ke mana. Kalau tak dapat sambut hari ini, sambutlah hari lain dengan cara yang lebih bermakna. 

Pupuk Kesyukuran
Fokus kepada nikmat yang Allah kurniakan. Kesihatan, keluarga, rezeki—itu semua adalah hadiah terindah.


Atau kalau nak lagi brutal, ikut quote my son ni… terus turn off nak sambut. Kekeke..


“Why do we celebrate a day that brings us one year closer to death?”.   


Penghujungnya, hidup ini bukanlah tentang mendapat penghargaan manusia semata, tetapi redha Ilahi. Bila kita redha, hati jadi lebih tenang.



2 comments:

  1. Ya Allah quote Anak kakak tuh samaaaa betuuuuuul dengan prinsip saya 😅🤣🤣🤣. Saya tipe yg tak suka rayakan birthday. Malah saya usahakan sebisa mungkin Orang2 tak tahu kapan birthday saya. Pertama saya memang tak suka ramai2 merayakan, kedua bagi saya birthday hanya mengingatkan usia saya makin berkurang. Dan itu bukti nyata saya makin tua. Untuk apa saya rayakan something yg saya tak suka 😂

    Krn itu memang saya tak pernah suka bagi tahu kapan birthday. Tapi suami dan anak2 saya tipe yg sukaa sangat merayakan hal begini

    Jadi saya tak mungkin menolak lah jika mereka ada ucap happy birthday atau mereka nak merayakan birthday mereka. Kalo birthday orang lain saya tak masalah ikut mengucapkan, yg penting bukan birthday saya 🤣

    Palingan yg saya lakukan di saat my birthday , pakai kartu suami utk membelikan sesuatu yg saya suka hahahaha.

    ReplyDelete
  2. perempuan penuh dengan emosi. hahahah. nampak sedap pulak makanan tu. cheese kemain meriah tu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.