Friday, January 10, 2025

Menghadapi Orang Yang Suka Mereka2 Cerita


Kadang-kadang, hidup ini penuh dengan persoalan yang tak terjawab. Salah satunya, kenapa ada manusia sanggup mereka-reka cerita yang tak betul?.  Contohnya memetik nama kita padahal kita sendiri jarang berbual tentang orang lain dengan orang tersebut. Apa yang mereka dapat dari perbuatan itu?.  Adakah mereka “sakit”?

Adakah hidup mereka terlalu kosong dan sepi hingga memerlukan “hiburan” seperti ini?. Atau mungkin, mereka hanya ingin melihat orang lain terkesan dengan cerita yang mereka cipta lantas itu sebuah kepuasan diri?. 

Saya cuba berlapang dada. Mungkin mereka tak sedar perbuatan mereka sebab dah jadi hobi?. Mungkin mereka cuma mengikut emosi, tak memikir kesan kepada orang lain bila mereka2 cerita yang tak benar.  Walaunpun cerita yang direka itu kadangkala ada yg berbunyi “positif” tapi jauh di sudut hati ini tetap terasa dan mengharapkan sebuah perubahan kerana  siapalah yang akan rasa selesa dengan orang yang suka bercakap bohong?.



Sekadar gambar hiasan, kemarin di kedai buku. 



Berubahlah.  Saya hanya mampu mendoakan semoga anda menemui kebahagiaan yang sebenar, agar tak perlu lagi mencari perhatian dengan cara yang tidak menyenangkan orang lain. 

Cara menghadapi orang-orang yang suka mereka2 cerita palsu :-


Perbetulkan Fakta dengan Bijak

Jika cerita palsu itu sudah tersebar luas, betulkan fakta tanpa menyerang balik. Contohnya, gunakan media sosial atau perbualan secara santai untuk menyatakan kebenaran.

“Saya tak cakap macam tu.”

“Saya dah lama tak menghubunginya.”


Jaga Jarak dan Elak Konfrontasi Berlebihan

Jika orang itu memang kerap mencipta drama, mungkin lebih baik menjaga jarak. Elakkan terlibat dalam situasi yang memberi mereka ruang untuk terus mencipta cerita.

Diam dan mengadu pada-Nya

Jika kita konsisten menjadi diri yang jujur dan positif, orang di sekeliling biasanya akan tahu mana cerita betul, mana yang palsu. Jangan terlalu risau kerana reputasi baik mengambil masa untuk terbina, tetapi ia tahan lama

p/s :  Dari sudut phsycology, kebiasaan berbohong adalah menandakan adanya rasa insecure atau ketakutan akan penolakan.

8 comments:

  1. dia sejenis iri hati.. nak lebih dari kwn dia.. kdg2 nak jadi mcm kwn dia tapi tak dapat.

    ReplyDelete
  2. Looser ni kak...kat opis SA sedang berlaku sesuatu..seseorang dituduh punca kawan tu kena transfer, kesian betul akak dipulaukan..SA baik ngan akak tu..dengan SA sekali terkena tempias...sebab tu SA memang xde kawan rapat kat office tu

    ReplyDelete
  3. Kekalkan jarak yg sesuai dgn org sebegini... Sbb lama kelamaan kita sendiri akan terbawa2 perangai buruk tu..

    ReplyDelete
  4. tak suka betul manusia jenis reka-reka cerita :(

    ReplyDelete
  5. tabiatnye begitu.. maka elakkan bercakap dengannye..

    ReplyDelete
  6. Kita baik orang tak suka, kita jahat lagi orang tak suka...

    Mulut manusia memang tak boleh tutup macam tempayan. Maka elakkan bersama dengan orang macam tuu

    ReplyDelete
  7. Semoga dijauhkan lah dengan orang yg punya attitude buruk macam nih. 😔 Tak sukaaa memang dengan orang yg suka berdusta, apalagi memfitnah orang lain. Dan biasanya susah nak disembuhkan orang seperti itu kak

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.