Tuesday, February 25, 2025

Tip Supaya Tak Beli Banyak Baju Raya

Assalamualaikum uollz!.

Sekarang takut nak keluar rumah, bukan takut apa, asal keluar asik la nak beli baju raya.   Kata nak terapkan nilai minimalis, now dah jadi lain pulak.  Macam ni tak dapat la nak melawan Hajah Sue yang buat strategi mix and match demi kesejahteraan akhirat.





Jadi ai publish lah entri yang selama ni terperap dalam draft, untuk renungan diri sendiri.

Keanggunan bukan sekadar tentang pakaian, tetapi tentang bagaimana kamu membawa diri.


  1. Berjalan dengan yakin – apa juga yang dipakai, haruslah yakin.  Pakai baju raya RM800 pun kalau tak ada inner beauty dan “aura hitam” menyelubungi diri tetap tak bermakna.  Nauzubillahiminzalik. Moga kita diselubungi aura2 putih saja ye puan2.
  2. Bicara berkelas – Tidak terdesak mencari perhatian, tidak berlebih-lebihan. Kata-katamu tenang, tetapi meninggalkan kesan. 
  3. Aura eksklusif – Misteri itu satu kuasa. Tidak semua perkara perlu diceritakan, dan tidak semua orang layak mengetahuinya.  Tapi bagaimana kalau ada yang beriya-iya bertanya hal-hal yang penat untuk dijawab, di depan khalayak ramai pula tu?.  Sila bincangkan.
  4. Kehadiranmu dihormati – Bukan kerana pakaianmu, tetapi kerana kewibawaan dan sikapmu yang tidak memerlukan pengesahan sesiapa.
  5. Menguasai keanggunan, bukan sekadar gaya – Kamu tidak perlu berlumba-lumba dengan sesiapa. Dirimu sendiri sudah cukup istimewa.
  6. Keyakinan sebagai perhiasan – Lebih mahal daripada emas, lebih memikat daripada berlian. Ia datang dari dalam, bukan sekadar apa yang dipakai di luar.
  7. Gerak-geri yang tenang – Segalanya berlaku dengan ritma yang terkawal, kerana kamu tahu, kamu tidak perlu membuktikan apa-apa pada sesiapa pun.
  8. Kesederhanaan yang mengesankan – Ringkas, tetapi sukar dilupakan. Itulah pesona sebenar yang tidak boleh dibeli.





Jadi, jangan risau guyss, keanggunanmu sudah cukup untuk membuatkan dunia merindui.  


p/s. :   BTW,  nak tanya kat mana lagi ada jual kain sari?.  Ada orang bertanya untuk menghadiri majlis resepsi kawan.  Dah pegi dah Kamdar.  Kot ada lain2.  Thanks in advance.




4 comments:

  1. kain sari bukan banyak dijual kat little india ke kak..ke nak yang dah siap jadi baju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks SA infonya. Ha’ah kalau boleh nak yg ready made top dia long sleeve, sbb org dah tak ambik tempahan lagi nk raya2 ni. Nak belit2 sendiri tak expert budaknya. 😅.

      Delete
  2. Lawa pulak tengok pilihan "baju raya" akak... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda - Pegi window shopping tapi bukan utk diri sendiri pun, ada orang nak kirim utk wedding kawan.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.