Assalamualaikum guyss!
Sebelum dipenuhi dengan entri Ramadan di Perth, ai nak habiskan dulu gambar-gambar throwback sebelum fly. Entri ni tak boleh diperam lama-lama sebab nanti dah tak relevan lagi. Tajuk pun pasal iftar kan?. Pastilah ditujukan untuk food hunter yang mencari buffet ramadan.
Salah satu tempat yang kami sempat iftar sebelum berangkat ialah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Buffet Ramadan dia memang meriah gila dengan pelbagai jenis makanan. Kalau anda jenis suka makanan tradisional Melayu, memang puas hati!. Dari lauk-pauk kampung sampai ke pencuci mulut yang menggoda, semua ada. Kambing panggang dia paling best, terbayang2 sampai sekarang. Nyesal pula perut kecik tak dapat makan banyak. Keladi goreng dia pulak lembut.
Rasa tenang je berbuka kat sini. Lagi pun ada surau. Masuk je maghrib, jamah sikit2 terus masing2 bergegas ke surau dan nanti sambung makan semula. Lagi satu, makanan kat buffet ni bukan setakat banyak, tapi memang sedap dan berkualiti. Harga pun berbaloi, bawah RM100/person.
Makan sambil ditemani suara Rosmah AF yang lemak merdu. Tetiba love pulak dengan beliau ni. Sopan santun tak gedik. (Eh tetiba). Patutlah Khai sayang.
Ok lah itu saja coretan pagi ini dari Aussie. Cuaca panas berdentum kat sini!. Nyesal pulak tak beli jubah banyak2 kat KL, selesa giler dipakai dlm cuaca sekarang. Dah la murah.
P/s. : Lepas iftar bergegas ler balik puan2, kan 10 malam terakhir tewwww!!. Rugi kalau tak dikejar.
Samaaaa kita kak. Saya nih zaman dulu masih kuat lah makan AYCE, sering juga dengan teman2 dan kluarga. Tapi menginjak usia 40+ dah tak bisa. Makan JD lebih sedikit. Jadi kalo saya diajak makan di All You Can Eat atau buffet dengan harga mahal, saya skip. Kecuali di traktir 🤣🤣. Sebab macam rugi makan sedikit, tp bayar mahal 😂
ReplyDeleteMakanya kalo AYCE saya pilih yg harga maks Rp150,000 per pax. Buat saya masih worth it harga segitu.
sedih rasa ramadhan sudah mahu pulang... :(
ReplyDeleteAsalamualaikum..meriah ya di KL
ReplyDeleteKalau ada surau senang boleh pi solat dulu baru sambung pulun makan.
ReplyDeleteW'salam Kak Hajah..
ReplyDeleteLama tak jenguk sini now-now dah balik Aussie.. Ramadan tahun ini LZ tak sempat mengejar buffet Ramadan.. In shaa Allah tahun depan ada rezeki kena book awal..
Ana ni sejenis perut tank kecik.. tak berbaloi pegi buffet ramadhonnnnn.. sbb tu Ana mkn di rumah sajo hehehe
ReplyDeleteakak ni berbuka air je dah 4 -5 mug. makan sesuap dua dah rasa senak. kalau buffet ramadan rugi sungguh. haritu kami gi berbuka pun balik awal. ingat pas solat makan lagi. rupanya anak pun dah full.huhu
ReplyDeleteTahun rasa macam sekejap aje Ramadhan..maybe sebab SA warded hari tu kot...lepas tu SA plak x boleh puasa...lagi la rasa cepat..eh..akak dah balik Aussie ke...
ReplyDelete