Thursday, March 20, 2025

Raya : Tido Berlonggok VS Tido Hotel

Assalamualaikum guys..

Alhamdulillah dah dapat pun selimut toto yang my daughter kirim.  Nak raya ni sibuk nak tido berlonggok depan tv kat rumah Mama kata dia.  Mengimbau nostalgia kampung nenek dahulukala.  Hmmm yo lah tu, habis hubby omputeh dia tak kan nak diajak tido berlonggok pulak.  Ada2 je lah budak ni.  Well. Mama layankan je lah.  So gigih our PA carikan toto sampai hujung dunia.  Sib baik dapat.



Harga post lebih mahal dari harga toto.  Tapi memikir kat sana memang tak ada jual.  Layankan je lah.



Hasil tani Mr CM (my menantu). Melihat anak-anak gembira, walaupun dengan perkara sekecil ini, sudah cukup membahagiakan. Begitulah ibu.

Ok done menghiburkan hati sendiri dgn entri ini.

p/s :   U guys raya ni tido berlonggok ke tido hotel?.  Sekarang ni org dah normalizekan duduk hotel jika rumah mak ayah penuh. (Org dah tak kisah).  Jika zmn dulu dah jadi bawangan orang agaknya.  Gen Z seharusnya bersyukur, kerana Allah dah banyak permudahkan di mana manusia semakin bersikap terbuka.




10 comments:

  1. Tahun nie raya umah MIL.. Cerita dia mcm berlonggok lah.. Sebab adik ipar sorang lagi pun balik.. 13tahun kawen, 1st raya complete adik beradik belah suami.. Padhal 3 beradik je pun

    ReplyDelete
  2. Lebih baik tidur di hotel kerana tidur berlonggok tu..aurat tidak terjaga antara satu sama lain...budak-budak boleh la kot

    ReplyDelete
  3. Cie takde moment tidur berlonggok time raya. Rumah mak ayah banyak bilik cukup jela untuk semua. Rumah MIL pun sama jugak. Cuma sekarang bezanya kedua2 orang tua dah takde. Beraya dengan adik beradik jela.

    ReplyDelete
  4. Berlonggok kalau ada ruang takpe. Kalau ruang takde, nak berlonggok pun tak boleh. Sy kalau ipar2 nak tido hotel, mmg saya alu-alu kan, sbb tahu rumah mak sy mmg tak selesa dan panas. Sy as anak pun, rs rumah mak panas sangat. Nak psg ekon tak boleh sebab banyak lubang angin rumah kg. So bertahan je la sapa2 yg nak tido kg. Janji tak bermasam muka. Keselesaan masing-masing. Btw, dari kecik kalau tido berlonggok pun dpn TV aje dgn adik bradik di rumah mak. Tak pernah ada nenek, so tak pernah merasa berlonggok2 dengan sedara mara.

    ReplyDelete
  5. nostalgia tido longgok2 ni tp skarang ramai tido hotel nk plak kalo tkde ruang

    ReplyDelete
  6. dulu-dulu biasa juga tido longgok tp skrg ni jarang sbb masing2 sewa hotel/homestay sbb nak lebih selesa & aurat lebih terjaga hehe

    ReplyDelete
  7. Anak kecik2 boleh la tido berlonggok tapi kalau dah besar better tido hotel jer..

    ReplyDelete
  8. Seumur2 saya cuma sekali tidor berlenggok, saat masih kecil di rumah nenek di Sibolga. Itu kota di Sumatera Utara, jauh lagi dr Medan. Tp cuma 1x itu , lalu tak pernah lagi 🤣. Biasalah anak2, Krn di rumah mama papa pakai AC, di rumah nenek tak adooo, langsung cranky 😂😂. Sejak itu papa tak pernah ajak lagi. Jadi tidur di hotel .

    Anak2 saya tak pernah merasakan tidur begitu. Mau diajak, tp rumah sodara pun tak ada lagi yg punya kebiasaan tidur bersama di ruang tamu

    ReplyDelete
  9. kami tidur berlonggok di rumah sendiri kak :D

    ReplyDelete
  10. Tahun ni kat rumah sendiri kak...dah lama x rasa tido berlonggok2...seronok masa tu...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.