Tuesday, May 6, 2025

Ada tak orang menyesal lepas berdoa?

Assalamualaikum w.b.t.

Kak Mirror is back!.   Terbaca tadi, random post.. ada orang ni balik umrah, tetiba ujiannya bertimpa-timpa lantas mengadu dengan mutawif, then mutawif minta dia “menyedut” balik doa apa yang pernah dipanjatkan masa di sana.  Cara nak “kansel doa” tu tak tahu la pulak saya, orang tu tak cerita habis. 😅.  Kalau u guys ada, sila tinggalkan di ruang komen. 

Begitulah puan2.  Kadang-kadang, kita berdoa tanpa benar-benar memahami bagaimana Allah akan memakbulkan doa itu. 

Ada yang minta “Ya Allah, lapangkan aku untuk beribadah kepada-Mu”… lalu Allah ambil sesuatu yang disayang, supaya punya lebih banyak masa untuk sujud, berdoa, mengadu hanya kepada-Nya. 






Guess what?. Tak lama kemudian, suaminya berkahwin lagi. Dan tiba-tiba, dia benar-benar punya masa, masa yang dulu dihabiskan untuk melayani suami, kini diganti dengan masa bersama Allah. Pada awalnya, dia terluka. Tapi kemudian dia teringat doanya… mahu tak mahu dia terpaksa redha. 

Ada juga yang berdoa, “Ya Allah, cukupkan aku, berilah aku RM1 juta untuk selesaikan semua hutangku.” Dan tak lama kemudian, suaminya meninggal dunia… meninggalkan wang hibah yang nilainya persis seperti yang diminta. Allah makbulkan doa itu, cuma dengan cara yang tak pernah dia bayangkan.  Nauzubillah.

Dan ada seorang lagi… berdoa, “Ya Allah, jauhkanlah aku dari orang yang menzalimi aku.” Sejak itu, dia sering berjauhan dengan suaminya, PJJ (LDR), suami yang selalu ditugaskan ke luar, jarang pulang, malah makin menjauh emosinya. Lama-kelamaan, dia sedar… rupanya selama ini suaminya yang menzalimi dia, secara batin dan zahir. Allah makbulkan doanya, dengan menjauhkan dirinya daripada kezaliman yang dia sendiri tak sedar.

Itulah… doa itu satu senjata, tapi juga satu amanah. Kadang Allah tak beri seperti yang kita mahu, tapi tetap beri, dengan cara-Nya. Jadi berhati-hatilah dalam meminta. Fikirkan betul-betul. Minta yang baik, minta yang membawa berkat, minta yang mendekatkan kita kepada-Nya tanpa perlu diuji dengan kehilangan. 

Kerana setiap doa itu didengari. Cuma… bersediakah kita menerima jalan takdir yang Allah pilih untuk memakbulkannya?.


6 comments:

  1. Setuju...sulit nak diperkatakan tentang doa..yang penting kita doa aje yang baik- baik kan kak...

    ReplyDelete
  2. Yg sharing pempuan berdoa mintak langsai hutang tu pernah baca, lalu Allah ambil suaminya dan dia dapat hibah utk melangsaikan semua hutangnya.. Allah Maha Mengetahui kan, pasti ada hikmah di setiap permintaan dan ujian yang diberiNYA

    ReplyDelete
  3. Jauhkan org yg menzalimi tiba2 eh pjj pulak.. nak sejuta meninggal suami pula... Itu lah minta doa moga Allah permudahkan segala urusan kita.. Allah Maha Mengetahui sebaik baik utk hambaNya..

    ReplyDelete
  4. itulah kan kita tak tahu mcm mana cara Allah akan tunaikan doa kita.. moga dipermudahkan urusan kita semua aminn

    ReplyDelete
  5. Pelik saya baca mutawwif nya, minta agar doa tadi ditarik lagi 😅. Macam mana nak cancel doa kan. Atau kenapa tidak berdoa lagi, ntah di sepertiga malam yg mana juga banyak doa diijabah . Kata2 cancel doa itu agak aneh saja 😅

    Memang kalau berdoa sebaiknya detil, dan tahu apa yg diminta. Tapi saya percaya Allah tahu apa yg terbaik buat kita. So kalo memang caranya buat kita sedih, atau jadi dijauhkan dari orang tersayang, mungkin itu juga yg terbaik buat kita. Krn tak mungkin Allah menyiksa hamba Nya

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.