Tuesday, May 13, 2025

Penyondol belum sampai Aussie

Terkejut tetiba ada bunyi loceng.  Rupa-rupanya Si Kakak dan menantu ai suprisekan sejambak bunga.  Thank you!.  Hari-hari hari Mama.  Mama’s Day.

Asbab dah hiburkan hati Mama, Mama doakan anak-anak Mama semuanya selalu ceria, tenang, dipermudahkan segala urusan, kaya raya, berjaya, bahagia di dunia dan akhirat.  Aamiin.

Sempat lagi ai pesan…

“Anak3 Mama kena genius tau!.  Jangan buat malu Mama.”   (Ada tak orang pesan macam ni pada anak2?.  Sure tak ada kan?. 😆😆).  Ya la,  dari dulu kan dok viral IQ anak menurun dari ibu.   Jadinya ai pesan la mcm ni selalu, at least supaya mereka selalu mengeniuskan diri dan tak buat perkara2 yang menstupidkan diri.





Baru-baru ni si Kakak tanya,

“Ma… ‘penyondol’ tu apa?”

“I don’t know…” saja jawab macam tu sebab nak test apa pulak tekaan diorang.

Tak lama lepas tu dia kata dengan nada serious..

“Cik Q kata penyondol tu maksudnya lucah.  Ya ke Ma?”

Hahahaha!.  Ai iyakan je.  Tak sangka pulak perkataan penyondol belum sampai Aussie lagi.



Nota : gen kecerdasan banyak diwarisi dari ibu, sebab tu IQ anak banyak ikut ibu. Tapi akhlak itu datang dari apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari. Didik dengan kasih, bentuk dengan contoh.



6 comments:

  1. Semoga yang baik-baik sahaja berlaku. Bagus setiap ibu doakan kesejahteraan anak-anak walaupun ada anak mungkin ada mengguris hati ibu.

    ReplyDelete
  2. moga mama sentiasa sihat hendaknya aminn.. penyondol blm sampai aussie hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya pernah baca juga, kalo IQ anak menurun dari ibu nya. Sebab tu sebagai ibu memang harus banyak belajar, apalagi ibu sekolah pertama bagi anak2 nya.

    Waaah blm sampai sana Kata2 penyondol ya kak 😄. Kalo sini sebutnya PELAKOR atau pebinor 🤣. Pelakor singkatan perebut laki orang.

    Kalo pebinor pula perebut bini orang 😄

    ReplyDelete
  4. Penyondol adalah sejenis serangga perosak duhai cik Q...HEHEHEHEH

    ReplyDelete
  5. Haahha ayat kita sama kak. I told my kids, and even my SIL told my kids, korang pandai sbb ammi pandai, kalau ikut abah dia pandai panjat gate sekolah hahah

    ReplyDelete
  6. alamak...kalau cm nie, anak2 linda belum lagi sampai IQ mak dia lah nie... hahaha

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.