Monday, June 30, 2025

Akhirnya dapat makan Humble Pie Zahnita

Alhamdulillah, setelah sekian lama teringin nak rasa sendiri humble pie air tangan Zahnita. Ya, the Zahnita, supermodel Malaysia, akhirnya Allah rezekikan juga.

Bukan saja sedap pie-nya, orangnya pun memang humble, kekal jelita seperti dahulu. Tak tahulah kenapa, tapi bila terjumpa beliau malam tu, terus rasa happy. Auto happy dan terinspirasi.

Ai yakin, jika aura manis itu terus dikekalkan, bisnes yang diusahakan dengan penuh minat ini pasti akan terus sukses.

“Siapa Zahnita, Ma?” tanya Cik Q. Bukan Zahnita belum cukup terkenal ye tapi al maklumlah, my daughter kan baru je turun dari Aussie, hal-hal dunia selebriti Malaysia belum sempat dia catch up lagi.
Lantas ai suruh dia Google sendiri. 😄





Memang sedap, kulit dia lemak2 secukup rasa.  Sebab dia nipis jadi tak muak dimakan.   

Mesti pelik sebab watak Cik Q banyak mendominasi entry berbanding si kakak, sebenarnya kepulangan kali ni, Si Kakak tak dapat join sangat sebab busy menghadiri bachelorette party geng2 ex MRSM beliau. 


4 comments:

  1. Humble Pie By Zahnita.. siapa zahnita tu? I duduk Malaysia jugak hahahaa.. nampak mcm sedap..

    ReplyDelete
  2. Ooo Zahnita masih meniaga humble pie dia erk kak...tenggelam jap citer dia kan...

    ReplyDelete
  3. Selalu lalu lalang humble Pie dekat instagram...jauh nak order....

    ReplyDelete
  4. Pernah terbaca ttg pie zahnita ini di blog teman Malaysia juga. Dia bilang memang sedaaap. Saya sempat teringin, tp susah lah nak pesan kalo bukan stay di sana 😄. Pie begini saya pun sukaaa juga

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.