Assalamualaikum guyss!!.
Bila teringat perempuan dalam “cerpen” ai yang lepas, sekonyong-konyong ai teringat satu pesanan yang pernah ai dengar secara random daripada seseorang yang ai kira agak arif tentang hal-hal makhluk halus. Dan bila difikirkan balik… eh, betul juga kan?. Mungkin ini adalah solution yang kita selalu abaikan.
Katanya begini:
“Kalau seseorang itu ada penyakit kemurungan, overthinking, atau emosi tak menentu, lebih-lebih lagi kalau ada unsur gangguan yang tak nampak.. kurang-kurangkanlah berada dalam keramaian. Demi menjaga aura sendiri.”
Bila direnung balik, macam masuk akal. Sebab dalam lautan manusia yang ramai tu, kita tak tahu siapa yang “memakai-makai”, siapa yang sedang dalam rangka usaha untuk transfer energy, siapa yang sedang berusaha untuk mewariskan sesuatu.. contohnya saka, unresolved grief, atau aura negatif yang melekat pada mereka tanpa sedar.
Boleh jadi sebab tu mood seseorang itu tiba-tiba berubah. Boleh jadi tu lah puncanya kenapa seorang isteri tetiba rasa down atau melenting tanpa sebab, padahal pasangan dia tak buat apa-apa pun.
Boleh jadi, itu bukan rasa kita… tapi rasa yang “tersambar” dari medan aura sekeliling.
Aura kita ni ibarat kulit kedua. Bila kita tak jaga, ia mudah terdedah. So, bila terlalu lama dalam suasana yang serabut atau penuh tenaga bercampur baur, fikiran kita boleh jadi kabur, hati pun jadi tak tenteram.
Selalu ai terbaca gen z mengadu, asal pegi pasar je, seller2 pompuan tergedik2 memanggil suaminya “abang2..”, beramah mesra… dengan dia tak ditegurnya pulak. Ohhh itu ujian sebenarnya ye. Apa kata try banyakkan solat taubat dan perbanyakkan istigfar, nanti ujian sebegitu akan mengurang.. kecuali kalau suami you memang hensem giler rasa nak simpan dalam almari, mmg tak bleh buat apa dah.
Kesimpulannya, jika masih dalam proses healing atau nak stabilkan diri, tak salah untuk kita pilih suasana yang tenang, circle yang kecil, dan aktiviti yang tak serabut.
Kadang bukan dunia ni yang jahat. Tapi aura kita yang terlalu terbuka sampai semuanya boleh tembus.
Di akhir zaman ini, effort memang kena lebih untuk membentengi diri. Cumanya, marilah kita ubah cara pandang. Setiap ujian bukan hukuman, tapi proses penyucian. Lihatlah dengan husnuzon, agar hatimu tetap tenang.
p/s. : Teringat masa arwah abah mentua masih ada, beliau paling pantang kalau kami nak duduk bawah pokok besar, pergi gua atau melawat tempat2 angker.
Tambahan pagi ini dari seorang Ustazah :
Di zaman yg penuh sihir & santau ini, kita dinasihatkan banyakkan berwudu. Wuduk dgn air pili yg halus mengikut sunnah, banyakkan istigfar dan selawat.
Zaman sekarang ni macam2 penyakit ada. Hati2 la. Kita taktau orang baik ke jahat.
ReplyDeleteSebelum org lain gediks ngan suami kita, kita gediks dulu ngan dia.. Hahaha
ReplyDeletebetter kena gegediks dgn hasben sendiri sblm dicarassss ehehe
ReplyDeleteAgree kak. Saya nih memang ditengah2 sebenarnya. Saya suka traveling dan kenalan dengan orang2 baru. Tp di saat saya sedang di jakarta, ntah kenapa malas nak kluar. LBH suka di rumah. Kumpul dengan anak dan suami. Perasaan saya lebih tenang begitu.
ReplyDeletePapa dulu selalu ingatkan saya, jangan pernah lupa zikir , dimanapun, Krn itu yg membentengi kita dari hal2 jahat. Selalu saya ingat.. mungkin itu juga yg banyak menyelamatkan saya saat pernah accident parah, pernah di rampok saat dijalan. Tapi semuanya berakhir dengan saya selamat, dan barang yg diambil bisa kembali.
SA paling suka unsur2 mistik dan jahat ni...x suka je sihir...menyampah tgok org bahagia je sihir...SA pernah kena la...tapi alhamdulillah ok dah sekarang...bab gediks2 ngan suami tu x pandai...ahaks...hahahahah
ReplyDelete