Friday, September 5, 2025

Berita sedih dari kakak

Bila rasa sukar nak move on dari kesedihan, ai cuba scroll cerita-cerita lawak untuk menenangkan hati. Namun, tetap teringat-ingat segala kebaikannya. Abang ipar kami ni banyak berjasa sejak ai kecil lagi, memang sudah kami anggap seperti abang sendiri. Kalau nak dihitung segala jasa-jasanya, rasanya tak cukup satu halaman ini.

Syukur Allah izinkan pulang menziarahi walau terkejar-kejar juga mulanya. Sampai terlupa bawa brooch dan akhirnya terpaksa pinjam dari kakak. Sementara menunggu, ai sempat juga menyemat brooch Chanel yang besar setompok di leher, bayangkanlah. Bukan sahaja tak selesa, malah langsung tak sesuai untuk menziarahi kematian.




Sampai di hadapan rumah, orang dah sesak.  Kereta pun dah memenuhi halaman. Tapi alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan untuk melihat wajah terakhirnya. Difahamkan, jenazah berbau harum ketika keluar dari ward (sebelum dikafan). Subhanallah, tanda kebaikan yang Allah zahirkan. Moga Syurga menjadi tempat persemadiannya.

Awalnya ai membayangkan anak2 sedara ai akan menangis teresak-esak dan ai pasti akan terjangkit sama. Tetapi tidak. Pandai benar mereka redha dengan takdir Allah. Dari situ, makciknya ni pun belajar untuk ikut sama tenang.

Moga Allahyarham Johari Rahmat ditempatkan di kalangan roh orang-orang beriman. Aamiin.   



Menyempatkan diri menziarahi makam arwah ibu.   Miss you mummy!


I miss you Dad.    Nanti kita jumpa di Syurga ye.   Tenang2 kay!.


Tak lupa menziarahi “kediaman abadi”  jiran kami waktu kecil.    Teringat ai menangis  guling2 nak makan serunding yang habis sampai terdengar jiran sebelah bawakan 1 tuperware.  Sam was so naughty.


Nota hari muka :

Kita harus ada 1 beg khas yg didalamnya terkandung jubah/baju kurung & tudung utk ziarah kematian, brooch, baju kelawar lengan pjg jika ingin stay up, towel, toiletries, deodorant dan perfume.  Letakkan dlm grobok dan tinggal capai waktu emergency.



2 comments:

  1. salam takziah buat kakak kak sam dan keluarga. semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.amin

    ReplyDelete
  2. Semoga almarhum selalu dilapangkan dan diterangi kuburnya , juga diterima segala amal kebaikan semasa hidup 🙏

    Kalo tas emergency, biasanya orang2 sini selaku ada kak, tapi bukan untuk acara kematian, melainkan bersiap jika ada gempa bumi atau bencana alam. Tahu sendiri lah, Indonesia memang sering terkena gempa. Dan skr ini dengan prediksi mega Thrust gempa yg akan berdampak pada bandung, kembang, jakarta, Bekasi, Bogor, Banten dan Karawang, kamipun dah siaplah sedia tas, yg isinya baju, harta berharga yg bisa dibawa, dompet dan makanan kecil.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.