Masa baru tiba di Tokyo kemarin, hati ini sempat berbisik sendiri.
“Ah… Ain ni mesti tipu Mama, katanya best sangat Jepun ni?.”
Bisikan itu muncul bila terpaksa terkejar-kejar naik tangga yang tinggi2. Penat!. Berjalan pula di tengah kota yang tidak pernah tidur. Letihnya tu, memang terasa. Macam lirik lagu Alleycat.
Rupanya, sangkaan itu tidak kekal lama. Sebaik sahaja sampai ke Osaka petang tadi, fikiran mula berubah. Suasana Osaka lebih tenang, seolah-olah memujuk jiwa yang keletihan. Jalannya pula rata tidak berbukit2, langkah terasa lebih ringan. Dan di sinilah baru benar-benar terlihat apa yang Ain maksudkan.
Rupanya, bukan Jepun yang meletihkan. Cuma daku yang belum sampai ke tempat yang sesuai dengan jiwa. Rupa-rupanya Osaka lah tempatnya.
Dan malam ini di Osaka, mulut tak lagi berkata “ini yang terakhir”.
Bagaimana pun semua itu bergantung pada minat masing-masing. Sebenarnya shopping di Tokyo pun best juga, beli baju semua tak perlu alter. Pendek kata, saiz orang sini sama macam kita-kita. Hanya dengan sekali capai terus muat pada badan, tak terlebih, tak terkurang. Penjual2 di Tokyo juga fasih berbahasa Inggeris. Tidak la seperti yang ai dengar, ibarat kucing bercakap dengan itik. Mereka juga bersopan santun. Oh ya, di fitting room kena buka kasut. Ha yang ni ai agak problem sikit, sebab ai ni suka mencuba baju untuk sesuaikan dengan kasut. 😅
Perjalanan darat menaiki train dari Tokyo ke Osaka mengambil masa hampir dua jam. Menariknya, bagasi utama kami sudah pun “sampai” lebih awal sehari sebelum tuan badan sampai kerana telah dipos terlebih dahulu. Sebaik check in tup-tup dalam bilik beg2 tu dah terbaring ayu di situ.
Namun begitu, keletihan tetap ada. Beberapa hand carry masih perlu dibawa bersama sepanjang perjalanan menaiki train ini. Penatnya berbondong-bondong, tapi hati sudah mula berdamai apabila melihat indahnya bandaraya Osaka di malam hari dalam cuaca winter. Perut yang lapar diisi dengan steak kambing di restoran Malaysia (entri lain).
Tak semua train dibenarkan makan. Makan sambil berjalan pun dianggap kurang sopan (ini yg ai baca). Tapi ni kan train laju.
Bukan peminat pisang mentah tapi gara-gara ke sini, semuanya jadi berharga. Dah itu je yang halal.
Shopping complex dah tutup.
Hikmah dari perjalanan ini, balik nanti mesti ai terbawa-bawa kesopanan yang ditunjukkan :
1). Beri barang guna kedua belah tangan.
2). Dalam train cakap berbisik2.
Sekian. Just my personal opinion.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.