Hari minggu hari untuk berehat, jangan paksa diri untuk membuat sesuatu yang memenatkan diri dan otak walau di mana pun anda berada. Kadang-kadang rehat itu sendiri satu keperluan, bukan kemalasan. Jangan paksa diri.
Kepada yang bertanya kat mana nak beli branded handbag preloved di Japan, ai dah terbuatkan video. Ingat nak buat entry tapi penat plak.. 😬😅. Jadi biarlah video berbicara dan lirik lagu gubahan ai yang ke 100 ini yang menyampaikan cerita. Ai sendiri pun tak faham kenapa netizen suka like lagu ini berbanding yang lain, mungkin ada unsur2 positif dan ceria kot. Thank you.
Walau pun preloved, harga tak la murah sangat, dah nama pun ori. Lagi pun kat Japan kan mostly dijamin ori jadi kita confident sikit. Tapi kena pandai pilih la, mungkin ada je yang fake kot walau pun di Japan memang dilarang menjual barangan tiruan.
Coach dan MK pun murah gila2 nak pengsan bawak RM500 pun uollz dah boleh belanja untuk orang-orang 1 kampung dan taman tapi ai kurang berminat sebab dah banyak Coach & MK brand new yang dibeli setiap kali boxing day di Aussie. Rasanya cukup lah apa yg ada.
Nak tau fake atau ori, pastikan jahitan dia 5 & 4 dan jangan lupa cek date code dalam handbag. Serta beberapa lagi kreteria lain. Semua ni dah kena cek masa kat tanahair lagi supaya kerja2 pershoppingan anda di sana jadi lebih lancar sebab orang sangat sesak!. Silap-silap baru nampak tetiba tros ghaib orang beli.
Oh lupa plak nak tulis lokasi dia pada video ini, ianya di Osaka. Tokyo pun ada sebenarnya dan ia lebih murah. Tapi masa di Tokyo tak banyak snap video di butik sebab terlalu fokus. 😁

Perghhhh LV..telan ailio SA tengok...minat gak..tp blom.mampu milik la kak...pre-loved pun harga boleh pening tengok kan....
ReplyDeleteJangan la wife saya tahu mana nak beli handbag preloved macam ni hahahaa :D
ReplyDeleteSaya nih dah masuk fase tak nak beli bag lagi macam dulu 🤣🤣🤣. Kalau zaman usia 20-30an memang lah kak, tiap bulan beli. Skr, prinsip dah minimalis, semua bag saya bagi2, kecuali saya simpan 3 bag saja. Utk dipakai kalau ada acara formal.
ReplyDeletePas mama mertua meninggal, beliau kan penggemar bag branded. Apalagi pernah tinggal di beberapa negara eropa barat saat papa diplomat. JD sering lah beli bag branded di sana. JD pas meninggal semua diksh ke saya dan kakak ipar. Yg ada, kami berdua sama2 saling menolak 🤣🤣🤣🤣. Sebab kakak ipar tak suka bag . Sayapun sama. Jadi ntahlah, itu koleksi bag mama sampai skr msh di lemari di rumah mama. Tak ada yg nak ambil. 😅. Mau di preloved, tp kami berdua tak suka hal ribet dan complicated 🤣. Blm lahh packing , trus kirim kalau ada yg nak. Ah sudahlah, kalau ada yg mau, kami kasih saja 😄