Entah apa amalan keluarga ini, sentiasa sahaja dilindungi Ilahi daripada catastropic MasyaAllah tabarakallah.
Ketika travel dulu pun terselamat dari bencana banjir dan pulang ke tanahair dengan selamat. Kini, terselamat pula dari terkandas di Mekah, walau pun tarikh beliau umrah tu sipi-sipi je dengan kes jemaah terkandas baru-baru ini.
By the way, kesian mereka yang terkandas tu kan? Ada juga ternampak Perantau2 Mekah yang menawarkan penginapan percuma sementara menunggu dihantar pulang. Moga Allah merahmati usaha2 mereka ini.
Dari hari tu nak cari kurma sebab belum ada stok lagi untuk berbuka. Rupa-rupanya ada hamba Allah yang baru balik umrah dah belikan.
Macam-macam ole-ole yang dibelikannya. Terkejut kita sebab banyak!.
Kata ibunya..
“Mesti la dia teringat Lady Bossnya.”
Oo macam tu rupa-rupanya. Kalau ada 10 orang staffs macam ni, setahun la ai tak shopping baju. Hihi. Terima kasih lah. Cantik sangat jubah tu, pandainya pilih!! Nanti ai pakai untuk iftar atau terawikh ye. Wait and see.

No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.