Entah mengapa, semakin meningkat usia, semakin saya menghargai orang yang tahu memilih kata-kata. Bahasa yang baik memberi ketenangan, manakala bahasa yang kasar sering mendedahkan sisi gelap seseorang tanpa perlu dijelaskan dengan panjang lebar. Pada saya, ia bukan sekadar soal pertuturan, tetapi soal adab, kematangan dan kelas yang dibawa dalam setiap perbualan.
Bukankah lebih indah jika kita tidak terlalu mudah menghamburkan kata-kata kesat seperti "bodoh", "sial", "barua" dan seumpamanya?. Ada pula yang sehingga menyebut pelbagai nama binatang dalam hutan ketika marah. Lebih-lebih lagi jika keluar daripada mulut seorang gadis/wanita. Kurang manis didengar.
Apa kata kita ubah sedikit gaya. Kalau terlalu marah sekalipun, biarlah ada seni dan sedikit nuansa bangsawan.
- Entah siapakah yang mencuri warasmu hari ini, hingga segala bicaramu tiada lagi berteman hikmah.
- Wahai tuan hamba, mengapa akalmu memilih untuk berehat pada saat paling diperlukan?
- Akalmu itu umpama Wi-Fi di hujung kampung; ada, tetapi sukar dikesan.
- Jika kedangkalan itu permata, kamulah pemilik mahkotanya.
- Jika kebijaksanaan diukur melalui sunyi, tuan hamba ialah simfoni yang paling bising.
- Barangkali fikiran tuan hamba sedang tersesat. Sudikanlah akal hadir bermesyuarat.
- Sungguh tidak terperi kebijaksanaan tuan hamba, sehingga hamba sendiri gagal mendalami maknanya.
Bagi yang gemar memanggil orang dengan nama-nama haiwan pula, apa kata gantikan sahaja dengan nama buah-buahan atau sayur-sayuran. Sekurang-kurangnya lebih comel didengar. ๐ ๐
Namun, jika ingin memperoleh pahala yang lebih besar, barangkali tiada ungkapan yang lebih baik daripada menyebut, "Astaghfirullah" atau "Subhanallah" ketika marah.
Kadangkala, diam itu lebih berkelas. Dan apabila memilih untuk bersuara, biarlah kata-kata kita meninggalkan nilai.
Sekian.
Itulaaah, macam di Indonesia, anak2 zaman skr sukaaa sangat pakai istilah, 'anjir' , 'aing', 'njir', dan banyak lagi. Itu semua juga kasar sangat. Makanya saya tekankan ke anak2 saya, jangan ada pakai Kata2 ITU. Kalau kedengeran memang saya marah sangat .
ReplyDeleteOrang elegan kalau marah kata2nya pun masih terlihat sopan. Enak didengar kan. Sayapun ingin melatih diri seperti itu. Tap rasa2nya jangan juga macam bangsawan kak, nanti ditertawakan teman2 saya ๐ ๐ .
Hahaha. Dah macam orang2 keraton pulak nanti ya, Fanny.
DeleteBerbahasa kasar ni sebenarnya mendedahkan lagi sisi gelap diri sendiri. Daripada guna nama haiwan dalam hutan, baik tukar jadi 'kamus bangsawan' macam ni. Paling kelakar nombor 3 tu, 'Akal umpama Wi-Fi di hujung kampung'. Terus tersedak orang yang dengar! Guna analogi buah atau sayur pun comel juga, sekurang-kurangnya sejuk sikit hati yang tengah panas.
ReplyDelete