Kadang-kadang, bila berjalan dengan anak, yang dibawa pulang bukan sekadar barang yang dibeli, tetapi juga kenangan yang muncul satu demi satu tanpa diundang.
Hari ini kami singgah makan di restoran yang selalu menjadi pilihannya ketika dia masih kecil. Entah kenapa, walaupun tempatnya berbeza (bukan di cawangan lama), nama restoran ni tetap membawa kami kembali ke zaman kanak-kanaknya.
Sambil menikmati aglio olio, kami mula bercerita tentang rumah lama kami.
Ianya terletak di sebuah taman perumahan yang didiami pelbagai kaum, dengan majoriti penduduknya berbangsa Cina. Kawasannya tenang, dijaga rapi dan setiap malam Pak Guard akan meronda bersama anjingnya.
Tiba-tiba kami teringat satu malam yang pernah menggemparkan seluruh taman. Ada jiran mendakwa ternampak satu lembaga hitam berjalan di atas bumbung sebuah rumah yang masih belum dihuni.
Dalam beberapa minit sahaja, jiran-jiran keluar beramai-ramai. Tak kira Melayu, Cina atau India, masing-masing membawa apa sahaja yang boleh dijadikan senjata. Ada yang mengepung dari depan, ada yang masuk dari belakang. Pak Guard bersama anjingnya pula mengetuai pencarian.
Semua yakin malam itu mereka akan berjaya menangkap "perompak".
Namun setelah puas mencari, tak ada sesiapa pun ditemui. Sampai hari ini, kami masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang dilihat pada malam itu. Kalau difikirkan memang seram juga sebab sementara mereka mencari tu, kami kaum2 ibu ni diminta menyelamatkan diri dalam rumah bersama anak3 kecil, masa tu tak terfikir pulak dibuatnya lembaga tu “terbang” pula ke rumah kami. Uiii seram.
Sambil berjalan, kita tolong snap juga mana2 item yang dicari oleh kawan2 kat Malaysia. Kalau kat Australia senang sikit nak cari cuka epal ni. Kat sini tak pasti plak adakah ini cuka epal yg dimaksudkan?. Al kisahnya kawan saya mengadu kolesterol dia tinggi dan doktor dah bising supaya menjaga kesihatan. Kalau seram dgn cuka epal, try olive oil pun okay kot. Atau pun berpuasa.
Sekian.


No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.