Nota : Sebab ini adalah cerpen, jadi kita “berAKU2” sajalah ye supaya lebih puitis.
Petang itu, aku masuk lif bersama mak mentua. Hanya kami berdua.
Setiap kali masuk lif, aku akan pastikan beliau betul-betul dah masuk sebelum aku tekan nombor tingkat sebab beliau takut sikit bab-bab ini, lagi lah kalau suamiku tak ada sama.
Petang itu pun begitu.
Aku tunggu beliau masuk, kemudian baru aku tekan punat nombor tingkat yang kami ingin tuju.
Pintu lif tertutup dan mulalah bergerak ke atas.
Tiba-tiba…
Tet tet tet…
Bunyi seperti ada seseorang menekan punat.
Aku terus menoleh ke panel. Nampak nombor 10 dah pun bertukar merah tanda telah ditekan. Sudah pastilah tiada sesiapa di situ sebab memang cuma kami berdua je yang masuk sejak dari level 1 tadi.
Kami berpandangan. Diam penuh makna.
Beberapa saat kemudian, lif bergerak dan berhenti di tingkat 10.
Ting!
Pintu terbuka.
Agak lama juga pintu terbuka tapi tiada sesiapa pun di luar.“Assalamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahis-shalihin"
(Salam sejahtera ke atas kamu dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh). Kami berdua membaca perlahan sebagaimana lazimnya jika masuk ke rumah-rumah kosong.
Mak tak cakap apa-apa. Aku pun buat selamba, walaupun dalam kepala mula bermonolog. Tapi bulu romaku tak de pulak merinding. Entahlah, mungkin darah pahlawan masih menjalar kot.
Sampai ke destinasi, Mak terus masuk bilik dan mandi. Aku tak pasti, mungkin takut ada sesuatu yang mengikut sekali atau sebab dah belengas seharian berjalan. π Agak lama juga menunggu, lebih lama dari biasa, dah la aku belum solat asar lagi, perlu ambil wuduk di bilik yang sama.
Lepas solat, aku tanya semula.
“Mak… jangan-jangan tadi Mak tersandar dekat dinding lif?. Kot-kot badan Mak tertekan butang lif tu?.”
“Tak! Mak tak tekan.” Ujarnya tegas.
Aku diam.
Kalau begitu, siapa?.
Ah biarlah. Marilah kita “sains”kan saja hal ini supaya hidup tak diselubungi misteri.
Sebenarnya, dari sudut sains, ada beberapa kemungkinan. Lif menggunakan sensor, panel elektronik dan sistem kawalan yang boleh mengalami gangguan atau menerima isyarat secara tidak sengaja. Jadi, bunyi tet tet tet dan lif berhenti di tingkat tertentu tidak semestinya bermaksud ada hantu.
Sesiapa pernah mengalami hal yang sama, bolehlah tinggalkan komen. Tak kisah la versi seram atau saintifik.

Selepas resign saya dah tak pernah mengalami peristiwa seram ππ. Tp zaman masih di HSBC, alaaah, beberapa kali lah mengalami kak π π .
ReplyDeleteYg paling teringat ada 2.
Pertama saat dicabang Mangga Dua. Jadi tiap pagi saya harus cek server room di lantai paling atas. Tak ada ruangan apapun, selain server. So memang sepi π€£. Awalnya tak takut. Tapi di hari itu, ntah kenapa saya merinding. Ntah Krn dingin (ruang server memang dingin sangat, supaya peralatan listrik di dalam tak panas kan) , atau memang ada sesuatu.
Trus, antara saya mengkhayal atau memang betul ada suara, tiba2 di kuping saya macam ada yg menyapa. π π π . 'Hai...'
Saya langsung lariiiiii hahahahhahaha. Sejak itu, tiap masuk server, saya minta Office boy atau security temankan saya di dalam π€£π€£.
Kejadian kedua, di cabang lain pula. Sama2 di ruangan server ππ. Makanya saya benciiii sangat kalau hrs cek server. Saya selalu minta temankan office boy. Tp di hari itu, pas masuk ada suara air. Bingung pula. Ternyata air di kamar mandi di lantai server room, hidup. Saya dan office boy memang tak habis pikir siapalah yg menyalakan air. Krn ruangan itu tak ada orang bekerja. Itu betul2 hanya server room. JD bisa dibilang keran air di toilet di lantai itu tak terpakai lah. Dah laaah, kami berdua merinding memang, setelah matikan air, langsung lari berdua turun ke bawah π€£.
Sebenarnya ada lagi pengalaman ke3, pas dicabang Sudirman. Kalau ini, teman saya kebetulan bisa melihat π. Kami pulang malam Krn ada overtime. Pas nak pulang, teman saya menjerit, 'mba faaan, lariii' . Ya Allah dibilang lari, saya langsung lariiii lah π€£π€£.
Ternyata dia bilang, ada makhluk hitam tergantung di langit2 kantor π π π . Teman saya bisa lihat, tp saya tak bisa. Alhamdulillah tak nampak. Kalau lihat memang pingsan rasanya π€£. Masalahnya di kantor Sudirman itu, sebelum disewa HSBC , dulunya night club, dan pernah ada pembunuhan π π .
Fanny - Aduhh masyaallah seram pula mendengarnya.
DeleteLebih seram dari cerita saya.π Thanks for sharing.
Bagus prinsip "sainskan" hal ni, tenang sikit fikiran. Pernah kena pengalaman pelik dalam lif kat tempat lain tak sebelum ni?
ReplyDeleteSR - First time tapi utk lif bangunan ni org lain pun pernah kena cuma bentuk gangguannya berbeza.
DeleteAlamak......tapi pernah gak beberapa kali kena sejak kerja kat Plaza Sentral ni...masuk lift tapi lift berhenti di tingkat 6 yang kosong..pintu terbuka tapi xde siapa tekan butang tingkat tu sblom tu...terasa ada angin masuk dan pintu tertutup..SA dan sorang lagi diam...eh...dia nak masuk turun ke bawah jugak kot...
ReplyDeleteSeram tu SA. Nasib baik tak sorang kan?.
DeleteAda 2 orang masa tu kak...tapi pelik la tetiba berhenti kat level 6...siang hari plak tu
DeleteTu la, kes kami ni pun berlaku di siang hari, tu yg tak berapa nak meremang tu. Haha.
Delete