Tuesday, August 4, 2026

Swan Valley and Guildford

Masa sakit kepala awal tahun aritu (yang rupa-rupanya Doktor kata akibat depression 😅).   Doktor ada mencadangkan untuk jalan-jalan ke Swan Valley.   Kita dengar pun terus membayangkan hamparan rumputnya yang menghijau, ladang-ladang anggur yang luas, deretan kedai-kedai menjual madu jarrah dan keramahan warganya melayan pelanggan.   Belum sempat ke sana, 80% sakit dah dibawa pergi asbab dengar perkataan “Swan Valley”.   Pandai Doktor tu bermain physcology.

Setelah berbulan cadangan itu diberi, baru kali ni  berkesempatan  pegi.   



Tapi suasana banyak berubah, perkampungan yang pernah kami kunjungi dulu dah banyak dibangunkan menjadi perumahan moden.     

Pegi pun dah lambat, maka banyak la kedai dah tutup.   Selalunya jika pegi awal pagi, kami akan  ke kilang coklat sekadar untuk ngopi dan makan chip (kentang goreng).



Singgah solat asar di Mesjid Swan Valley (Mesjid Bosnia).


Tempat solat wanita di tingkat atas.


Di bawah tu pula dewan, lazimnya orang sewa untuk majlis pernikahan, jika tiada acara pula, ruang itu adalah kedai makan (selalunya hanya dibuka pada hari Jumaat).   



Ruang solat perempuan berkunci, saya tak menyimpan passwordnya, jadi solat saja depan pintu ni, selesa saja.







Guildford.    Di sebelah kanan jalan ni terletaknya Guildford Village Potters.  Ia sebenarnya lebih kepada studio, galeri dan bengkel tembikar.  Masa anak2 kecik dulu pernah juga melawat galeri ni.   

Lokasi di :  22 Meadow Street, Guildford WA 6055

Ia terletak betul-betul bersebelahan Swan Valley Visitor Centre, jadi memang mudah disinggahi jika anda sedang berjalan-jalan di Guildford atau Swan Valley.

Di kiri jalan ni pula ada tempat rekreasi dan tinggalan sejarah jika nak posing2 di depan tugu-tugu peringatan.


 

Oleh kerana kilang madu dan coklat dah tutup, kita tengok je lah makhluk-makhluk ciptaan Allah dari kejauhan ni je.







p/s : 

Bila teringat preskripsi Doktor tu tadi, dapat dirumuskan, kadang-kadang yang kita perlukan bukan ubat yang lebih kuat, tetapi sesuatu untuk kita nanti-nantikan. Ada destinasi yang membuatkan hati terasa lapang sebelum kaki sempat melangkah.   Malah sekarang ni pun saya asik berangan nak staycation di homestay-homestay kampung yang ada cemni atau unggun api sambil disajikan sup cendawan panas dan mashed potato.       Jika di Malaysia pula impian saya untuk tinggal di homestay yang ada bunyi hujan lebat, lampu yang malap dan sekali sekala tuan rumah menghidangkan lempeng cicah sambal hijau.😂.  Anda pula bagaimana?. 



7 comments:

  1. Tenang betul tengok suasana jalan-jalan kat Swan Valley dan Guildford ni! Betul sangat, healing terbaik kadang-kadang cuma perlukan destination yang lapangkan jiwa. Moga terus sihat dan tenang sentiasa!

    ReplyDelete
  2. tenang je tengok view tu. cantik.

    ReplyDelete
  3. Waktu itu pernah baca teman yg sedang ambil working holiday visa di Perth , pergi ke swan valley ini saat day off dia. Menarik tempatnya.

    Ada 1 tempat yg saya memang teringiiiin nak stay. Lokasinya di Zambia. Nama penginapannya Mfuwe Lodge. Kenapa saya suka, Krn di hotel itu mereka buka akses utk gajah liar lewat. Gajah biasanya hanya melewati jalur yg itu2 saja. Lodge ini tetap membuka akses utk gajah lewat walaupun mereka membangun penginapan di situ. Bagi saya mereka tidak hanya mengejar profit tp tetap menjaga akses hewan liar nya.

    Makanya teringiiiin sangat nak stay di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - bestnya. Jadi kepingin pulak untuk sy pergi ke Zambia.

      Delete
  4. walau pun katanya dah membangun, tapi tetap nampak tenang... memang terapi jiwa..

    ReplyDelete
  5. Cantik masjid swan villey tu.. masjid Bosnia sbb org Bosnia yg bina ke? First time dgr masjid org bosnia sbb biasa turkiye, pakistan atau india..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT - Betul. Mesjid ni diusahakan oleh org2 Bosnia Perth, mereka membuat pelbagai event utk mengutip dana bagi membangunkan mesjid ini.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.