Tuesday, November 17, 2026

Jalan berliku-liku.


Tiada ku sangka, tiada ku menduga. Rupa-rupanya Kuala Lipis begitu sunyi pada hujung minggu. Pasar malam yang pernah kami kunjungi dulu pun tak kelihatan. Mungkin ia hanya beroperasi pada hari-hari tertentu.

Tapi itu bukan satu-satunya perkara yang di luar jangkaan. Perjalanan dari Temerloh ke Maran pula rupa-rupanya macam roller coaster uollz! Nasib baiklah saya dah ada sedikit pengalaman melalui laluan berbukit yang agak ekstrem ketika ke Jogja dan Lombok dulu. Jadi, pandai-pandailah saya buat muka tenang walaupun dalam hati, Allah sahaja yang tahu. Jantung bukan main lagi dup dap dup dap!.  My MIL kat seat belakang pun kedengaran dah sejuta kali mengucap panjang.  Haha.

Hikmahnya, bila perjalanan pulang ke KL melalui Bentong, saya dah tak rasa terlalu berdebar seperti selalu. Laluan yang sebelum ini boleh buat saya dup dap ser ser ser, kreng kreng pun terasa biasa sahaja.  Malah tertido pula. Agaknya dah dapat immunity selepas melalui 'roller coaster' Temerloh tadi. Hahahaha.



Lalu Jengka ni membuat saya teringat abang saya yang pernah tersesat di hutan ini.   Juga kawan-kawan lama yang kampung mereka di sini.  Entah dah bercucu agaknya mereka semua.




Ini pula kisah masa perjalanan pulang ke KL. Kami singgah untuk solat jamak takhir di salah sebuah R&R. Alamak! Lupa pula nama tempatnya. Kalau tak silap, selepas Temerloh kot.

Ya Allah, rajinnya makcik cleaner yang bertugas di situ. Bayangkan,  air pili ada, dari sumber air telaga bawah tanah tetapi sistem flush pula tak dapat digunakan (tak pasti apa masalahnya). Jadi, terpaksalah makcik itu menadah air untuk membersihkan segala “tinggalan sejarah” pengunjung terdahulu sebelum orang lain menggunakan tandas tersebut.

Moga Allah membalas segala kebaikan dan penat lelahmu dengan sebaik-baik ganjaran wahai Makcik. Moga syurga tertinggi buatmu. Traffic light sentiasa hijau, urusan hidup dipermudahkan dan hati sentiasa dalam ketenangan. Aamiin. 

Di ruang wuduk pula, bekalan air memang tiada. Sebagai alternatif, pihak R&R menyediakan tong air yang besar untuk kegunaan pengunjung mengambil wuduk.



Antara kedai makan  yang ditemui ketika perjalanan ke Maran tadi.   Masa ni dah lega sikit sebab jalan dah lurus.


Masa di Kuala Lipis.  Port orang berselfie katanya.







Monday, November 16, 2026

Semalaman di Kuala Lipis

Ada sesuatu yang membuatkan trip kali ini terasa lebih istimewa. Bila sebut nak ke Kuala Lipis, pada mulanya, saya hanya membayangkan suasana tenang yang memang kami sukai.  Sebab pernah ke sini beberapa tahun lepas. Tak terlintas langsung ia akan membawa kami ke satu pengalaman yang jauh berbeza.

Rupa-rupanya bukan sekadar menginap di hotel macam selalu, tetapi berpeluang merasai sendiri suasana tinggal di dusun yang telah lama saya impikan.   Hubby tak de menyebutnya pun masa nak pegi.

Alhamdulillah, Allah tahu apa yang tersimpan dalam hati hamba-hamba-Nya. Kadang-kadang, impian yang kita simpan diam-diam hadir dalam bentuk yang tidak pernah kita jangkakan.

Lipis Riverfront Resort.




Sebelum masuk kena call dulu owner resort untuk dorang bukakan pintu “gua” ni.   Keta kita park kat seberang rel ni je. (Gambar bawah).  Seterusnya kami memunggah barang-barang dari kereta sebab nak kena naik kereta beliau pula.

Mulanya saya tertanya-tanya dalam hati kenapa kena bertukar kereta?.  Kenapa tak naik kereta kami sendiri je?. 



Rupa-rupanya untuk ke resort tu kena melintasi rel keretapi.  Seriau juga mulanya tapi dorang dah ingat jadual perjalanan train.  So, Ok lah tu.  Inshaallah selamat.




Kat bawah tu banyak dog untuk menjaga dusun durian dan 
buah-buahan.  Diketuai oleh Bobby.



Di kiri kanan jalan menuju ke resort dipenuhi pohon-pohon durian.  Tapi sekarang ni belum musim lagi.




Tak sangka pula ada 3 katil dan ruang agak besar, tapi kami dah TERoderkan ibu mentua sebuah bilik lain.  Tak pe lah, beliau pun nampak happy je bersendirian.  Teruja lah tu dengan view di beranda yang menghadap sungai dan pokok-pokok kelapa.

“Mak rasa tenangnya kat sini..”.  Ujarnya keriangan. 




Walaupun bilik kami tidak mempunyai connecting door dengan bilik ibu mentua, dari beranda masing-masing  masih boleh nampak antara satu sama lain jika nak bergossipan.



Malam keluar makan di Pepenero.  Sekali lagi dihantar oleh Mr H, (tak berapa jelas nama yang disebut.. Handry kot), kami naik 4 wheel drive yang dipandunya untuk keluar dari resort dan melintas rel train tadi.






Bukti bergambar utk my OZ bestie bahawasanya saya dah pakai shawl yg beliau hadiahkan baru-baru ini.  Sayup-sayup kat kepala katil itu juga handbag yang dihadiahkannya masa zaman PKP.   Ok done menghargai pemberian orang!.





Untuk resort ini saya bagi 5 bintang!.  Toilet bersih, layanan mesra,  view cantik dan mendamaikan.   Walau pun beliau non muslim tapi  menyediakan sejadah.   Juga fasih berbahasa Malaysia. Ore Kelate. Cuma microwave dan air panas kena turun kat kitchen. Ada karaoke juga di situ.   (Gambar atas). Jika nak pegi di lain kali mungkin kami nak tunggu di musim durian.   Sapa-sapa yang suka naik bot boleh juga menyusuri sungai ni tapi saya tak minat dan sekarang tengah musim tengkujuh.