Miss Mirror
Mari Menggedix Sebentar!
Wednesday, January 7, 2026
Rembayung kat rumah je lah.
Sunday, January 4, 2026
Pekerja Salon Rambut Haruslah Pendiam
Assalamualaikum,
Terbaca satu statement di sos med hari ni:
“Pekerja salon jangan normalizekan judge rambut orang, customer tak suka okay.”
Ringkas, tapi kena tepat pada tempatnya. Memang kita tahu orang salon nak upselling. Tapi kena la berdiplomasi.
Harus diingat, customer pergi salon niat utama nak healing2. Bukan untuk mendengar orang membebel mencari yang kurang..
eeee… rambut you tebalnya
eeeee…. rambut nipis la,
warna kering sangat ni
ini rosak, itu salah.
Kadang-kadang customer bukan tak tahu keadaan rambut sendiri. Dia tahu.
Cuma dia datang dengan harapan untuk dibantu, bukan dihakimi.
Menilai secara profesional itu perlu.
Menghakimi secara terbuka itu berbeza.
Nada suara, pilihan ayat, dan cara menyampaikan
semua tu ada bezanya antara “nasihat” dan “judgement”.
Tak semua orang datang dengan keyakinan penuh.
Ada yang menyembunyikan insecurities yang tak terucap.
Sedikit empati, sedikit adab,
itu dah cukup untuk buat orang rasa tenang.
Kerana rambut mungkin boleh tumbuh semula,
tapi rasa malu yang ditinggalkan
tak semua orang boleh lupa dengan mudah. Apatah lagi jika bercakap di khalayak ramai hingga pelanggan di sebelah pun terdengar.
Nanti baik2 orang tu gi salon sebab nak cun.. pulangnya makin hodoh sebab stress. Hahaha.
Pastu tertanya-tanya napa kedai sunyi?. Dah kena sihir agaknya?. Rupa-rupanya disihir diri sendiri.
Tak kira bangsa, salon2 di Malaysia sebenarnya sama saja. (ikut pengalaman peribadi ai ler, kecuali yang tak fasih berbahasa Melayu memang tenang ler kita 😁😁). Pelik juga jika ada netizen yang racist bila mengkomen bab ini. Hingga katanya nak lari dari salon M kerana masalah ini. Laaa… aurat kita dengan perempuan non muslim kan sama dengan aurat kita dengan lelaki. Lain ler kalau dah “darurat” dah tak de salon lain di tempat itu.
p/s : Tapi pengalaman pegi salon di overseas berbeza. Mereka suka diam dan lebih suka memuji pula. Potong rambut pun lebih pantas.

