Tuesday, November 12, 2024

Cuti 4 Hari Di Malaysia


Alhamdulillah, Cik Q dah selamat sampai di Perth setelah bercuti 4 hari di KL. Budak bertuah ni, bayangkan dia ambil flight transit di Bali sebab menyangka boleh jalan-jalan di sana. Adohai, masa Mama cerita pasal transit, tak nak dengar betul-betul. Sayang oii, kalau transit, kita cuma duduk dalam flight je, bukan boleh keluar jalan-jalan!. 

Dalam pada rasa menyesal sebab tak memilih direct flight from KL to Perth, masih ada silver lining, at least dapat contact Mama & Abah masa transit.





Walau pun sekadar 4 hari tapi alhamdulillah aktiviti padat dan semua item yg dia nak beli, dapat. Abahnya yang busy pun sampai ambik cuti semata-mata ingin berbonding time dgn anak daranya. Malah bukan itu saja, sampai sanggup temankan naik MRT bila Cik Q nak jumpa kawan-kawan.   Betul2 dah macam cerita Papadom.

Ai pun apa lagi, mesti lah join sekali. Tambahan pula, di hari yg sama Si Ain ada kirim hadiah wedding untuk kawannya di Malaysia, tapi Cik Q tak nak sampaikan dengan alasan Bahasa Melayunya dah sangat teruk sekarang.  Dia takut tersalah cakap.   Padahal sekadar hantar hadiah je pun,  tak perlu jadi Pakar Bahasa.  Kemarin tu kerugian duit masa beli skirt sebab salah faham dengan sales girl. Aduhai, entah apa yang dia faham dan apa yang dia jawab.  ๐Ÿ˜…

Btw, jangan risau, dia masih boleh bertutur cuma untuk memahami butiran cerita kadang sering ada salah fahaman dan perlukan pantauan kami baru dia yakin untuk berinteraksi dgn orang lain.









Selain shopping hand bag di KL,  Cik Q juga berpeluang singgah di Tamarind Square. Tempat ini memang digemari remaja—bagi mereka, 'hutan hipster' di tengah-tengah bandar adalah suatu keunikan. Sewaktu kami sampai, ramai anak muda berbaju jubah konvokesyen sibuk berposing di sana sini.


Sunday, November 10, 2024

Manusia berubah selepas berkahwin?



Puluhan tahun yang lampau..

“Sam ni Akak tengok tiap hari asik keluar je, Akak takut nanti kalau Sam kawin Sam akan ‘terkejut’,” ujar housemate.

Waktu itu, saya tak terasa hati, cuma terfikir juga. Mungkin beliau ada pandangan sendiri tentang cara hidup saya yang mungkin berbeza dengan harapannya.








Kemudian, Puluhan Tahun Kemudian...

“Napa Mama tak keluar jumpa kawan-kawan Mama?” tanya Cik Q, dua hari lepas seolah-olah copy paste ayat si Ain di tahun sebelumnya pula.

“MM... napa MM tak keluar?” soal ibu mentua di hari yg lain. Mungkin berasa sedikit bersalah kerana saya lebih banyak berada di rumah menemaninya.

“U kalau boring jalan-jalan lah dengan kawan-kawan U.” cadang Encik Suami sudah kerap kali.

Bukan tiga soalan ini sahaja, banyak lagi pertanyaan serupa kadang dari staff, juga anak-anak lain, kecuali Mr Shashal, yang mungkin lebih memahami Mamanya dan tidak pernah mempersoalkan perkara ini.

Dan saya?. Diam. Tiada jawapan untuk semua soalan itu.




Selain jika terpaksa menghadiri meeting atau tugasan, saya memang lebih suka mencari ketenangan di rumah.  Keluar bila “me time” dengan hubby je.

Lantas hal ini membuat saya teringat kembali kepada kata-kata Ahkak housemate saya puluhan tahun lalu itu, saya akhirnya membuat kesimpulan, kadang-kadang penilaian orang terhadap kita terbatas pada masa atau fasa tertentu. Tanpa mereka menyedari, kita sebagai manusia boleh berkembang dan berubah mengikut keperluan dan pilihan hidup kita.