Tip jika apam dot berbau telur..
Ini adalah aktiviti semalam.
Ini adalah aktiviti semalam.
siap untuk dibawa pulang ke kampung
semasa proses-proses "mengedot" baru sahaja selesai..
Sila perhatikan acuan hitam ini... Satu alternatif
menggantikan acuan lompang (sebab kat supermarket kesayangan I
tu takde jual acuan lompang) - so, semalam I beli acuan tart ni
dgn harga RM18.00 sepapan... mahal kan? Kat kedai
bakery loyang2 biasa tu baru je RM5 kalau tak silap...
takpe... desperate punya pasal.
Sila perhatikan acuan hitam ini... Satu alternatif
menggantikan acuan lompang (sebab kat supermarket kesayangan I
tu takde jual acuan lompang) - so, semalam I beli acuan tart ni
dgn harga RM18.00 sepapan... mahal kan? Kat kedai
bakery loyang2 biasa tu baru je RM5 kalau tak silap...
takpe... desperate punya pasal.
Ramai orang bersedih hati apabila apam dot mereka berbau telur lalu berputus asa enggan membuatnya lagi. Janganlah bersedih. Apa yang perlu anda lakukan selain membubuh esen vanilla ialah :
Masukkan apam tersebut ke dalam mangkuk besar tanpa penutup. Selepas itu masukkan ke dalam peti ais semalaman. Adalah lebih baik sekiranya peti ais anda itu anda bubuh daun pandan atau pun lemon di dalamnya. Bau pandan itu akan meresap ke dalam apam tersebut dan akhirnya bau telur itu akan bertukar menjadi bau pandan yang semerbak. Jika tak bubuh apa-apa pun tak mengapa, kerana bila dah bubuh dalam peti ais... automatik segala bau2 itu akan hilang dengan sendirinya tanpa paksaan. Jika suka, anda bubuhlah buah durian... hehehe -----> masalahnya suka ke apam dot berbau durian? Bau kopi pun sedap jika anda suka. Cubalah.
Tip lain : Semasa memecahkan telur, buang "pusat telur" tersebut (yg berbintik kehitaman).
menjadi apam dot dot u MM...boleh buat bisnes ni..budak-budak mesti suka makan sebab colourful ek
ReplyDeleteDR SIRNA - Thanks.. Nak wat biz? Hehe.. Takat utk makan sendiri boleh la Doktor.
ReplyDelete