Thursday, April 18, 2013

Di sebalik kekurangan itu...

Kami ada seorang sahabat yg badannya tidak selampai model, wajah tak sejelita bidadari.... tapi penataan bahasanya sangat indah bila didengar.   Bila melontarkan idea, kami semua terpegun. Sedap je didengar.   Sopan je gaya bahasa...  Pendek kata, pembawakkannya seiring dgn ilmu yg dia ada.  Ya la, bukan calang2 Universiti dia belajar kannnn...   Lantas atas kelebihan itu, kekurangan pada badannya yg katik langsung tak kelihatan.

budak ni lagi kesian... tapi mana tau, mungkin Allah kurniakan dia  banyak
kelebihan lain yg tak ada pada kita..


Begitulah kita.   Tiap kekurangan yg Allah takdirkan...  pasti ada kelebihan lain yg Allah anugerahkan.         Uwais Al Qorni meski berkulit hitam, berpenyakit sopak, miskin tetapi telah diangkat darjatnya dan dianggap Nabi S.A.W sebagai "penduduk langit".  Ketaatannya menjaga ibunya yg tenat memang bukan calang2.       
Malah pernah memikul lembu dari perbukitan turun ke kaki bukit (hingga menimbulkan salah tanggapan org  sekeliling yg menganggapnya kurang siuman ) tapi sebenarnya semata2 nak "reheasel" - mendukung ibunya untuk mengerjakan haji. (tak mampu nak naik unta masa tu... tapi bahana ingin merealisasikan impian ibunya  utk mengerjakan haji beliau gagahi jua).


 Beliau tidak famous amos di bumi tetapi namanya menjadi sebutan di langit.   Kelebihan beliau ialah doanya makbul dan di saat2 akhir hayatnya ramai yg berebut  menguruskan jenazahnya (menurut satu riwayat, mungkin malaikat yg diutus untuk menyempurnakan pengebumian lelaki Yaman yg istimewa ini).

Begitulah kisahnya.  Jadi.... you all, apa ada hal, kalau setakat ada setepek dua kekurangan pada diri.  Pedulik la pada orang2 yg suka mengais2 kekurangan orang lain....  mungkin dia jelous la kot.... kekekke.

"Jangan pernah mengeluh atas kekuranganmu, kerana kekurangan akan memperingatkanmu untuk terus mencari kekuatan yg ada dalam dirimu"



p/s :   teringat sorang kwn tiap kali dihina akan berazam "aku akan pastikan kat akhirat, aku akan lebih kaya raya dari kau!".   hehehe..





8 comments:

  1. Yer la MM..kenkadang org suka mencemuh tgk yang buruk..padahal kelebihan dia melebihi kita mana tau... TQ! for the N3 :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. Maha suci Allah..
    terima kasih atas entri ini, menyedarkan kita.. bahawa usah dicari keredhaan manusia..tapi keredhaan Allah lebih dari segalanya..
    kalau mencari redha manusia..sampai bila pun tak pernah cukup..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...
    Sam,
    terima kasih diatas Ingatan peringatan diAtas ;-)

    ps: masih ramai lagi manusia yang mengejar nama walaupun tiada apa untuk dinamakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. *sama2, peringatan utk diri I sendiri juga sebenarnya Yong..

      Delete
  4. subhanallah baca story kat atas.. orang selalu rasa down pada kelemahan sendiri, tapi setiap kelemahan mesti allah swt kurniakan dengan berbagai lagi kelebihan..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.