Thursday, January 8, 2015

Buat Baju Kelawar Dan Resepi Donut ke 136

Assalamualaikum  w.b.t  and evening!!


Malam Jumaat nampaknya ye puan2,  dah sedekah Yassin utk insan2 tersayang yg telah pergi?.  Entry tazkirah telah pun diberi pada entry terdahulu... jadi malam ni kita buat entry baju pulak la dgn niat nak promosikan tailor ai yg sorang ni.  Tak tau la beliau marah ke tak Kak Mirror promosikan...  kekeke... mana la tau, kot2 busy, tak cukup tangan nak menjahit.   Apatah lagi "pembantunya" dah nak berangkat ke Korea.




Cantik dan kemas jahitan beliau ni.   2 helai Kak Mirror tempah itu ari, sebab ada lebihan kain raya. Ni contact no  :  010-3443880.   Tepek je la no tu kat situ.. at least kalau korang tak tempah baju pun, sapa2 nak beli pengukus ke magic pan ke, Stevia ke.. bleh wassap beliau.



Ok sbg bukti, Kak Mirror dah pun peragakan baju jahitan beliau.....( eh wife beliau)...   tadaaa!!.



Sorry...  skg ni tgh mood nyampah nak tengok muka sendiri. So, upload je la pix ni.   Cun tak Kak Mirror?. Takut tak?.   Khe khe khe.... Si Ain buat mask2 ni sempena celebrate birthday BFF dia, Cik Tiqa  beberapa hari yg lepas.   Macam2 je bebudak skg ni ye idea mereka?.  Tapi Mama suka...



Oh ya...   ini pulak donut ke 136 yang Kak Mirror buat pagi tadi..  Wah!.   Tak sangka kan.. dah 136 kali Kak Mirror buat donut seumur hidup.  Haha..


RESEPI DONUT YANG KE 136

3 cawan tepung gandum
1 bungkus mauripan
secubit baking powder
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar butter
1 sudu susu  (I guna susu cair)

CARA


  1. Masukkan yis ke dlm secawan air suam, biar kembang
  2. Masukkan yis ke dlm tepung yg telah dimasukkan butter, garam, gula
  3. Uli... macam kita membasuh kain.   Biar sampai tak melekat kat tangan... kira2 20 min.
  4. Biarkan selama 1 jam.  Kembang.
  5. Terap.  Goreng dgn api perlahan.








Tabur gula dan makan.


nota :     Baju tu walaupun kelawar, tapi tangan ada skop ye puan2.  So, tidak la seksi nampak keti... dan ai pakai dgn inner.

2 comments:

  1. sedapnya kuih tayarrrr.... kat kampung saya panggil kuih tayar.. buat besar sikit panggil tayar lori... hahaha

    ReplyDelete
  2. dkt mmg tmph punyalh...
    mesti isteri cikgu mat so tolong jhit.. ooo dh nk berangkat ke korea ye..
    semoga mudah urusan cikgu dn anaknya.. nya lili..
    donut tu nmpk gebus... rajinlh MM

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.