Thursday, January 8, 2015

Pendidikan Anak-Anak Bermula Di Saat Seorang Lelaki Mencari Calon Isteri

"Ceria Isteri Ceria Rumahtangga"


Lapo...  Sementara tunggu donut digoreng, meh kita baca dulu tazkirah keibubapaan ni puan2... hasil curian Kak Mirror dari kawan, Puan Ct Z.  Kekeke.. sorry blom sempat mintak izin pun..  Credit kepada Ustaz Pahrol Mohd Joi,  Surau Al Kauthar - Ilmu parenting.






sekadar hiasan - semalam jenjalan dgn Ain




sekadar gambar hiasan


Antara perkongsiannya:


  • Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nk didik diri sendiri utk istiqamah solat awal waktu, solat berjemah, baca quran sekurang2nya semuka sehari, puasa isnin khamis dsbnya..tambah2 lagilah utk mendidik org lain..maka bersabarlah dlm mendidik.
  • Dlm byk keadaan matlamat kita utk ank2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
  • Tuntutlah ilmu berterusan..walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
  • Jgn label anak. Boleh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sbb itu adalah labelnya.

  • Letakkan misi dan visi yg jelas kpd ank. Jd hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jd BAIK drp didik ank jadi CERDIK.
  • Anak bkn milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bawa anak2 kpd kita, bawalah ank2 kpd Allah.
  • Ibu sama dgn ramadhan sbb ibu adalah madrasah ank2 dan ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dr doa ayah kerana sygnya lebih berakar kpd ank drp ayah.


"Hadiah Terbaik Seorang Ayah buat Anak ialah Mencintai Ibu Anak Tersebut Sepenuh Hati"

  • Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

  •  Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.

  • Yg sudah berkahwin dan ada ank2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan..didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

  •  Didiklah anak dgn al quran. Ibnu sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah didik oleh ibu yg hafizah.
  • Kita bkn hafiz..tp pastikanlah ank2 sekurang2nya kenal huruf alquran melalui kita. Ambillah barakah ini.

  • Ibu bapa pemimpin kpd ank2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd ank2. Skrg ni ank2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dr ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dr ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hlg pengaruh kerana dunia tp sempadan amat besar pengaruhnya.

  • Tingkatkanlah pengaruh dr rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya..

  • Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik ank2 kita. Bantulah ank2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
  • Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan sprt sedekah banjir dsbnya sbg tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

  • Sayangilah anak2 kerana kita syg dia bkn kerana syg diri kita. Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba utk kebanggaan kita. Ank dpt result yg baik terus war2kan..ank yg tak dpt elok diamkan dan dimarah krn memalukan kita..jgn membezakan ank2 yg pandai dgn yg kurang pandai..


Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama.


Oh ya...  ada sikit nak tambah, kawan Kak Mirror ada pegi ceramah keibubapaan masa anak dia nak exam PMR aritu.  Hasil ceramah itu, jgn tekan anak sekiranya kurang genius... sbb tak semua orang memilikki IQ yg sama, ada budak... belajar memain pun result tetap hebat sebab faktor genetik,  So, berpada2.    Adakala bebudak yg tak berapa ok masa sekolah.. masih mampu menjadi hebat di hari muka.     Apa2 pun..  yg paling penting, berdoalah moga mereka jadi insan Soleh dan membawa kita ke Syurga. Aamiin.



3 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.