Wednesday, August 16, 2017

Awek Merajuk Sebab Dikongkong

Kak Mirror sebenarnya sgt2 busy..
Tapi tak pe lah..
Mana tahu dgn niat nak menolong permasalahan adik yg mengemail pd Kak Mirror ni, Allah ringankan
kesibukan Ahkak plak.    😂😂😂😂
Dah mcm page KRT pulak belog Ahkak ni Dik.. 😅😅.. takpe lah.. Ahkak redho.. jd  Doktor Lop..




Tajuk  :   Makwe Merajuk Sebab Dikongkong

salam kak missmirror,

kisah nya begini,, sy( laki) bercinta dgn dia(perempuan) setahun lebih, dia kenal sy sejak sy xde kerja lg, baru habis stdy mase tu sampai lah sy kerja tetap,,silap sy adalah sy terlalu mengongkong dia,, sebelom ni kalau dia jujur pn kene mrh jgk,, tp sy mrh sbb sy risaukn n sygkn dia. suatu hari dia keluar dgn kwn2 kelas dia,,ramai2 lah,, tp ade jgk laki,, mase tu mlm,, disebabkn dia nk jaga hati sy,, dia terpaksa menipu,, tp kantoi tipu,,.. sy sgt mrh sehingga terkeluar ayat yg kasar.. 

lepas tu dia dh minta maaf n pujuk sy balik,, tp sy sgt mrh lagi n xlyn chat dia,, silap sy duk push dia tnya soalan sama sama ada dia nk sy lg ke tak,, sy diam hampir 2 minggu sbb sgt sedih n mrh.. lepastu sy dh fikirkn smule knape dia terpaksa menipu,, n sy chat,, call dia.. tp sbb lama sgt sy diam n tercakap kasar haritu,, jwpn dia kata dia dh xde hati kt sy,, dia terasa hati sgt sy ckp mcmtu.. sy merayu2 n pujuk n explain jgk,, dia tetap dgn jwpn same,, dia cakap jgn pakse2,, sy merayu jgk sbb takut kehilangan dia,, smpai lah dia block ws n ig sy.. sy dh bgtau dh janji xnk buat lg,,sy mintak peluang kedua,, die tetap dgn jwpn sama.. then,, sy mengalah,,

kerana xnk buat rasa dia dipaksa, sy ckp sy terimalah kenyataan yg dia dh xleh terima sy lagi.. lepastu barulah dia reply,,(awk kene blajar menerima)(xleh pakse2)(jgn buat dia rsa takut)...sy nasihat panjang2 pn, dia balas pendek jer... pada situasi sy mcm ni,, apakah yg perlu sy buat? sy mmg syg n nk kahwini dia ni,,, tlg lah nasihat sy,, masih ada harapan ke dia kembali kepada sy? dgn reaksi yg dia mcm tu,, 



Jawapan :  

Waalaikumussalam.

Harapan?.    Inshaallah masih ada selagi tak berputus harap.  Mungkin perlukan sedikit masa.

By the way, sorry.. I need to be frank Dik,   sebenarnya pun satu risiko  untuk dia (gf awak tu) sekiranya memilih awak.  Sebabnya takut sikap2 buruk sangka awak tu berlarutan sampai kawin nanti (maksud Kak Mirror sikap cemburu buta dan "baran" ye awak kata td?).   Kalau boleh, stop kan baran tu dan ayat2 yg meninggikan suara, menyinggung perasaan dsbnya. Itu semua buang.   Itu semua "barah dlm rumahtangga" bila dah kawin nt jika tak ada usaha2 utk membenterasnya dr skg.

Dari sudut lain,  ada juga fadhilatnya jika beliau memilih awak.. sikap mengokong juga petanda "cinta setengah mati".  Bagus juga sebenarnya perempuan memilih org yg "tergila2kan dirinya" instead of yg dia gila2kan.   Cuma jgn keterlaluan.


Method :

1). Betulkan niat.  Niat utk menghalalkan hubungan.  Inshaallah nanti Allah akan tolong.
2). Coolkan diri,  mantapkan iman.  Dekatkan diri pada Allah.
3). Kikis sikap kurang percaya diri (sikap sebegini menjadi punca lelaki jd cemburu buta sbb rasa insecure sebenarnya).. mungkin disebabkan awek cun sgt.   Buang sikap tu. Anggaplah diri tu hensem dan berharga. Hihi..

Ok Dik.   Cool!. 









3 comments:

  1. jawapan yang bagus, moga dapat membantu adik tu. betul apa yang penting iman kia dan buang sikap baran dan berprasangka buruk tu kan

    ReplyDelete
  2. Amboi dah jadi macam kaunselor pulak untuk masalah cinta

    Ada masalah kena usaha dan juga kena doa pada Allah

    Hanya kepada engkau kami menyembah dan hanyak kepada engkau kami memohon pertolongan

    ReplyDelete
  3. e'in sokong dengan jawapan akak.. sebelum kawen pun dah keluar kata-kata kasar, takut dah kawen nanti lain pulak jadinye.. mintak dijauhkan laa.. huhu

    ReplyDelete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.