Tuesday, August 29, 2017

Masing2 ada sejarah kemewahan.. tapi berminat merantau..

Mereka pencinta yg setia barangkali...
Acapkali keluar kelas.. perkara pertama yg mereka lakukan adalah "bergayut di telefon"..  dgn suami masing2... atau boy fren masing2.  Bukan seminit dua tapi sepanjang break time... atau sepanjang jalan nak ke train station. Jgn haraplah kau nak mencelah.

"Ya lah.. kan dah bayar mahal2.. mestilah jaga suaminya.. takut lari".  Jawapan IRP bergurau.. bila aku kata betapa romantiknya kawan2ku itu terhadap suaminya.

Ha'ah..  kawan aku  telah berbelanja besar untuk mengkahwini suaminya.  Ayahnya menghadiahkan sebuah kereta mewah untuk menantu (suaminya).  Memang itu adat perkahwinan mereka.   Malah beliau sendiri tak suka dgn adat itu sebab membazir baginya.

pix hiasan


Aku hanya melopong kaget melihat gambar2 banglo mewahnya yg tersergam indah di negara kelahirannya.  Barang kemasnya yg sampai ke siku tak memeranjatkan.

Kendatipun...  perawakan sehariannya di sini   biasa2, tidak taksub dgn jenama, baju2nya sempoi, tutur katanya sederhana.

Tidak hanya dia, malah yg lain2 pun, masing2 punya sejarah kemewahan di negara masing2 tapi bila telah merantau di negara orang, pembawakan diri berubah pula.    Alhamdulillah.  Bersyukur ada kawan2 yg sempoi mcm ni..  Ada sesuatu yg kita boleh pelajari dari sikap cool mereka ini.



#hikmahmerantau












No comments:

Post a Comment

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.