Monday, January 1, 2018

Entry sulong 2018

Assalamualaikum uollz...

Alhamdulillah... permulaan tahun baru yg menenangkan.  Kami habiskan waktu kat rumah je.  Si Ain berura2 juga nak tgk bunga api kat Kings Park.. last2 tak jadi sebab mamanya malas.

Jiran2 pun nampaknya sunyi sepi tahun ni. Taun lepas gini ari dah riuh rendah bunyi orang berparty.  Mungkin mereka celebrate kat tempat lain kot.

31/12/2017

Semalam menerima jemputan Maulidur Rasul dari teman seperantau.


Balik siap dibungkuskan "berkat" nasi kerabu. Thanks tuan rumah.


Simpan jap kat sini ye..



Topik Tudung

Seronok sekali sekali berkumpul dgn teman2 seperantau.  Dah macam raya.
Lepas mengikuti bacaan berzanzi dan nasyid, masing2 menjamu selera.
 Topik kami tak lain tak bukan pasal tudung.  Haha.   Kau ni Sam.. tak abis2.

"Cantiklah tudung.  Ada orang jual ke brand "tuuuuuut"  ni kat sini?".   Tanya ai dgn tak malu pada seorang pemakai tudung jenama popular Malaysia.  Dah la baru kenal.

"Tak.  Ni tudung lama.  Kat sini orang bukan kisah kita nak pakai tudung jenama apa .  Haha..  org tak faham.".  Kata beliau, wanita manis dari Pantai Timur itu.

Betul tu!!.   Agreed!.   Makanya sapa2 nak berjualan tudung kat Aussie ni.. jgn mahal2. Memang tak ramai yg akan beli.   Jual murah2 kay.. terutamanya kalau dgn ai. Kekeke.





Boxing Day




Tahun lepas (2016),  ai tak ambik pot pasal boxing day...  tapi 2017 mula ambik kisah.  Bukan selalu ada sale gila2 kat Perth ni.. lagi2 utk produk2 berjenama.  So.. inilah masa yg ditunggu2.

Tang tu... si Ain lah yg banyak memborong.  sebab orang muda.  Mama ni dah takde mood atau erti kata lain kurang taksub dah dgn alat2 make up ni semua.  I love natural look k.  So bleh save sikit utk benda2 gitu sejak tua2 ni.

Pada hari kejadian,  kitorang naik train je sebab nak jimat parking.  Nasiblah tak shopping corningware atau sbgnya. Kalau tak lenguh ler nak mengangkut.

Ok lah.. itu je nak tulis.  Happy new year to all my followers.




2 comments:

  1. Selamat tahun baru 2018 MM..
    Bestnya dapat berkat nasi kerabu..
    Cantik bunga rose diatas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks CH..
      Alhamdulillah.. rezeki Allah bagi.
      Ha'ah cantik tuan rumah bg bunga.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.