Friday, February 23, 2018

Novel - Misteri Seorang Penyewa Rumah - Part 1

Alhamdulillah beef bariyani done! Shashal pun dah balik tution, so malam ni Mama lapang sikit tak yah stresskan dia untuk membuat kerja2 sekolah.   Makanya Mama nak buat "novel".

NOVEL HARI2 LALU SEORANG DIVA!.  Kah kah kah.

"Aku tak risau sangat sebab pakwe Ain jauh, so  dorang  tak de can nak dating."  wassapku pagi tadi pada abangku di Malaysia yg bertajuk "jodoh anak".  Kekeke.

"InshaAllah.  Allah lindungi Ain.. sedangkan engko yg dulu duduk dgn ******** pun bleh selamat".  Balasnya. Membuat aku terflash back kisah 20 an thn yg lampau.



Waktu itu,  duduk di "Kashmir" memang perit, bas habis sampai pukul 6, susah nak overtime,  jadi aku mengambil keputusan untuk mengajak adik menyewa sebuah bilik di sebuah rumah di pinggir Bandar X atas pertolongan seorang teman.  Pemilik rumah dlm pantang, tinggal dgn suaminya yg ku lihat hari2 ada di rumah.

Mula2 tak ada yg memelikkan. Aku dan adik, menjalani hari2 kat rumah itu dgn tenang, sebab buat hal sendiri2 dlm bilik. Ku lihat lelaki itu selalu mengawasi anak lelakinya yg soleh dan rajin mengaji belajar.. dgn tegas sekali.  Isterinya sgt baik, tak byk bercakap.. agak cacat sikit di muka.

"Abang nak pinjam duit dgn Siti.. Siti jgn bagitau Kak Sam ye."  Cerita adik pada aku tentang lelaki itu. Aku tergamam.  Adik aku tu gaji seberapa je duit nak dipinjam2 plak.

Dipendekkan cerita, memang ada2 je lah yg beliau cuba nak menggula2kan adik aku yg naif tu.  Hari2 ada2 je yg direka cerita sampai aku pun naik muak dengar. Dengan aku.. tau pulak dia takut.  Kata Siti, tak madan sasa takut dgn Kak Sam!.  Haha..

Satu hari aku bangun dari tido. Terperanjat kat dapur ada beberapa orang bergelimpangan.  Mereka berbaju lusuh dan bogan. (Pls google).

"Misteri sungguh rumah ini."  Bisikku sendirian lantas kembali ke bilik dgn ketakutan.

Bagai ada malaikat turun dari langit.  Esoknya di opis, abangku datang menjenguk aku.  Entah beliau dapat khabar dari mana.  Katanya dari ayah. Tapi aku pun tak tau ayah tahu dari mana tentang misteri lelaki itu.

Aku tak ingat skrip abang aku ketika itu tapi bagai meminta aku keluar cepat dari rumah itu dan sedikit marah.

Seminggu lepas tu,  aku dapat tawaran keja tempat lain dan company menyediakan rumah yg selesa dan gaji yg lebih lumayan. Alhamdulillah.  Mlm2 buta kami keluar dari "rumah puaka" itu.

" Awak duduk dgn mat gian selama ni.  Rumah tu port dorang melepak"  Kata hero yg membantu kami keluar dari rumah tersebut.

😱😱😱...  terperanjat kami mendengarnya. Patut ler selalu ada2 je lelaki2 kurus keluar masuk umah tu.  Alhamdulillah Allah melindungi kami.










2 comments:

  1. Ya Allah.. duduk dengan mat gian.. nie cite betul ea kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. E'in - Pengalaman Allah bagi utk mematangkan diri. Kisah di zaman2 kegemilangan Kak Mirror. Hihi.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.