Tuesday, April 17, 2018

Sekadar entry membuang sawang

Demam... 😅😅😅😢😢😢😢.
Mekasih lah yg singgah ke blog ai tu. 

Bersyukurlah demam..
Bersyukurlah jugak busy dgn  benda2 lain mutakhir ni.

Otherwise..
Mungkin ai termerepek termeraban..
di media sosial..
Lantas mungkin dibenci orang.
Syukur... syukur.. alhamdulillah
di atas demam... dan juga keja2 yg menimbun ini.



Thanks Ain buatkan mama magee 
Thanks Qistina buatkan teh panas2..




Pokok ubi mati..
Tuannya demam..
Pokok2 pun sama demam.
Tinggal pokok kunyit dan keledek je.



Tolonglah doakan mereka ni tumbuh subur.  Teringin sgt nak masak rendang yg lebih perfect sikit dari selalu. Tanpa daun kunyit, terasa mcm kurang power.  Tak crunchy spt rendang idaman Chef John of Masterchef bg ai tak mengapa,  asal ada daun kunyit, memang sedaplah rendang tu.  Eeee lapo pulak mlm2 ni.


Memenuhi permintaan kawan2 suami..


Pengat Keledek Berdurian

Kawan2 hubby (kelab jejaka kacak katanya) request bawak pengat pisang aritu utk potluck,  sementara dorang dah siap dgn ikan2 hasil memancing untuk BBQ.  Ohhh  sonang bai tu Pak!. 


Tapi 1 bandar Perth kami cari pisang tanduk tak jumpa yg masak. Hari dah semakin senja plak.  Gathering plak start pukul 6 ptg.   Last2 beli keledek 3 ketul (3 kaler berbeza :  putih, purple, oren).   Beli santan, daun pandan, durian  dan sago.   Gula melaka, gula pasir.. garam tu sume dah ada kt umah.  Masaklah 2 periuk besar.  Ok done share recipe.  Kekeke...  Tak proper resepi ai ni ye. Takpe lah..  cara2nya sama je mcm pengat yg lain.  

Hopefully next gathering,  dorang request yg lebih mencabar sikit.   Hihi.. 


p/s  :   Tu ler.. kalau suami suka mancing.. biarkan je.  Biarlah dia nak happy2 dgn "geng2 hensem" dia tu.   Kalau balik bawak ikan, kita juga yg untung.. dpt mkn ikan fresh.











10 comments:

  1. Alhamdulillah apa yg Allah bg tu ada hikmahnya kan walaupun Dia beri kita sakit.

    Amboi sedap pengat tu nampaknya, senang nk dimasakkan, lain kali minta masak rendang crispy lah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... ha'ah, harap2 next time dorang request rendang crispy plak kan Mama AA.. biar tercabar sikit skill.

      Delete
  2. Moga cepat sembuh Sam, aamiin..

    Sedapnya maggi, tiba2 teringin.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Umi. Aamiin.
      Sebenarnya klu demam2.. kuah magee tu kena byk sikit nk hirup2, Ain buat kering plak. Mkn jelah dah org buatkn. Hihi..

      Delete
  3. Salam rabu dari maznee kepada sis mirror.

    Allahumma antassalam

    semoga sihat dan kenyang makan rendang daun kunyit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Thanks Maznee. Mcm tau2 je Kak Mirror dan2 tros buat rendang tau pagi ni.. sbb terliur plak. Sib baik ada stok kelapa kering kt dapur utk kerisik.

      Delete
    2. Selamat pagi, Selamat hari khamis sis. Kenyang makan sarapan rendang ya.

      Mama nak sikit rendang down under tu

      Delete
    3. Morning!.
      Tinggal seketul je ayam rendang tu pagi ni Mama.. sedap sgt kot agaknya saya masak. Haha..

      Delete
  4. Assalamualaikum...pokok kunyitnya kecil lagi.kena tunggu besar sikit baru boleh tuai bt rendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Ya Putri.. tak sabar rasanya nak tunggu dia besar.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.