Thursday, May 24, 2018

"Orang gaji" Gemuk tapi mantop!

Assalamualaikum uollz..

Aritu ada yg tanya... best tak Sam "orang gaji" ai yg ni?.


Wowww mantop.. walaupun gemuk!.  Gemuk bukan sebarang gemuk ni.   2 tahun lepas kot ai beli.  Sejak ada yg ni.. dah tak pandang yg lama.  Begitulah resam hidup ini.  Kah kah kah.

Ianya smooth je.. tak perlukan tenaga yg banyak untuk menggosok baju.  Suka bunyi dia yg berdesing tu.. petanda "dia" sendiri yg berkerja. Tugas kita hanya sekadar melalukannya saja kat tempat2 kronyok.  Depan kita gosok.. bahagian belakang sekali harung licin dgn sendirinya. Jimat masa dan tenaga.

Ai tak de nak beli papan penggosok dia yg sado tu (boleh tahan mahal juga kat Perth ni) ... sebab iron board lama kami jenis katik (maksudnya bila gosok baju kena bersimpuh ayu kat lantai). So ok la tak de masalah time nak parking iron tu masa proses menggosok..  bubuh je kat lantai.

Kalau yg suka menggosok baju berdiri.. terpaksa ler beli juga iron board yg lebih besar  dan bersesuaian.. sbb yg kecik2 tu  tak mampu menampung kegemukan iron steam yg ni.. kang tergolek plak dia lantas membahayakan insan2 tersayang.  Please consider WHS ye..  WHS??.  ( Workplace Health and Safety .. haha.)

P/s  :   Pesal baik ati sgt ai promote mendalah ni?. Bukan dpt royalti pun... Sib baik ai bukan Tun M... kalau tak, habis sold out diborong ramai org, macam supplement Barocca tu.   😃


8 comments:

  1. Salam Jumaat & selamat berpuasa Mama ucapkan pada sis sam. Senang rupanya, sekali lalu depan belakang kena

    ReplyDelete
  2. hehehe
    gemuk bukan sebarang gemuk

    ReplyDelete
  3. Salam ramadhan dari miss mirror, lama dah tak singgah blog walking. Bulan puasa ni masanya singkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Takpe.. beri priority pada hal lain dulu Ibu..
      Blogwalking ni kan hobi je.

      Delete
  4. Selamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.