Wednesday, June 27, 2018

Awek Berubah Hati Setelah Raya Ke 4. Kenapakah??

Kak Mirror sebenarnya dah pencen dari menjadi blogger counsil.. sebab tu entry yg lama tu Kak Mirror dah tutup komen. Tapi adik ni sampai 3 kali post permasalahan, bermakna memang sungguh2 nak mintak tolong... sian pulak... so kita try tolong bagi pendapat lah ye.


Permasalahan....

"Salam miss mirror, maaf sangat2 nk tanya pendapat kat sini. Sbb saya baru terjumpa posting yg miss mirror post sekian lama dulu. Cerita dia mcm ni. Hubungan saya dgn si dia (wanita) sudah 5 bulan. Saya dgn dia dari sejak perkenalan hari raya ke 3 tiada langsung masalah. Bahkan kami keluar dan meluangkan masa bersama2 sehari sebelum benda tu berlaku. 

Sepanjang perkenalan dan dalm hubungan, saya selalu beringat tentang kahwin pada dia. Tapi saya tak pernah push atau tetapkan tarikh pada dia. Tapi pada hari raya ke 4 macam tu (sehari selepas kami beraya bersama) dia tetiba berubah hati. dia layan saya macam nak taknak. benda tu berlarutan selama 4 hari sambil saya bersabar setiap hari menanyakan apa masalah yg dia hadapi. tetapi tiada respon. sehingga 4 hari kemudian, dia sendiri bagi tahu yang dia dah tiba2 hilang semua perasaan pada saya sbb dia takut akan future and marriage dia. (dia sekarang tggal dan jaga parents dia). Tapi sepanjang tempoh hubungan saya tak pernah ada masalah.....  "






Waalaikumussalam Dik...

Sebenarnya yg layak menjawab kepelikkan dan kebuntuan ini hanyalah yg empunya badan sendiri sebab hanya beliau dan Allah je yang tahu apa yg tersirat di hati dia?.

Tapi kalau nak jawab secara general (dan tidak merujuk kpd beliau),  perempuan selalunya berubah dan tawar hati pada lelaki disebabkan beberapa faktor : -

1).   Bukan jodoh.

2).  Tak jumpa "sesuatu" dlm diri lelaki itu.  Selama ni memang hubungan still on.. tapi hati belum dapat 100% menyintai pun.  Tapi mencuba jugak.  Last2 tak mampu membohongi diri sendiri lagi... rupa2nya anda bukan soul mate yg dicari.


3).  Sikap -

Tanyakan diri adakah selama ini pernah tertinggi suara, naik tgn dsbnya?.  Mungkin jawapannya ada di situ.   Lelaki yg baran membuat wanita yang matang pemikirannya jadi tawar hati.  Maksudnya dia pikirkan masa depan.

4). Kewangan

*  Suka pinjam duit?.
*  Tiada pekerjaan?
*  Terlalu kedekut?.

5). Faktor keagamaan

*  Mungkin dari segi solat.
*  Dapat menghidu sikap2 yg menjengkelkan pada lelaki tersebut spt "kaki judi", "kaki ekor", dadah dsbnya.
Nauzubillahiminzalik.  Harap2 tidak ye.

6).  Parent tak restu

Ini cuma andaian saja ye.  Bagaimana pun, perkara ni kan anda boleh detect melalui layanan yg diberikan oleh keluarganya semasa bertandang ke rumah.  Jarang orang bertindak hipokrit kalau dah tak suka.

Tapi sekiranya perkara2 yg Kak Mirror sebutkan ini bukan penyebabnya,  alhamdulillah lah.  Pasti beruntung gadis itu dicintai oleh lelaki yang benar2 menyintainya.

Eh!.   Baru Kak Mirror terperasan.. ada 1 lg perenggan yg  tertinggal, Adik ada bertanya.. "Ok ke tinggalkan dia kejap?".


Try lah menyepikan diri kejap.  Mana tau kalau ada jodoh.. mesti dia cari semula.




p/s   :-

1)  solat istiharah mohon petunjuk
2). jgn bersedih..  Allah lebih tahu apa yg terbaik utk anda.




12 comments:

  1. yes, jodoh pertemuan dah ditentukan...kita masih boleh memilih apa yang terbaik bagi diri kita tapi aturan yang baik tetap dari ALLAH

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum selamat pagi dari Mama, wah boleh bagi kaunseling. Terer ah mis mirror

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam MH..
      Saya ni mengkaunseling atas kapasiti sbg org yg lebih tua je. Org tua kan dah byk mkn garam. Hihi..

      Delete
  3. Salam Khamis, Ibu singgah bertamu ke blog sis, itu baru berubah hati sebelum kahwin.

    Belum kahwin lagi. Lagi banyak dugaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Khamis..
      Ha'ah..
      Tapi perempuan selalunya jarang berubah hati lepas kahwin kalau suami dia "pandai jaga".

      Delete
  4. Elok le berpisah awal sebelum punyai ikatan perkahwinan jika tiada keserasian.

    Jangan paksa diri... (erkkkk boleh ke gitu?)

    Jika boleh bila dah berkahwin, biarlah hubungan kekal bahagia buat selama2nya, aamiin. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh benar bagai dikata Umi.
      Elok terima yg benar2 menerima seadanya dari terus mengejar si bayang2 yg tak pasti.

      Delete
  5. Assalamualaikum dan salam Jumaat ibu ucapkan. Apa khabar sis hari ni. Kucing dah makan? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Alhamdulillah.. kucing dah kekenyangan..

      Delete
  6. Mama singgah blog walking di petang Jumaat. Baca selalu doa mohon tetapkan hati

    Rabbana la tuzik kulubana bakda iz hadaitana wahablana milladun karahmah

    Innaka antal wahhab

    Wahai tuhan jangan kau pesongkan hati kami setelah kau beri hidayah pada kami, anugerahkan kami rahmatmu

    Sesungguhnya kau maha pemberi rezeki


    Atau

    Ya muqollibal qulub, sabbit qalbi ala dinik

    Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati ini dalam agama mu

    ReplyDelete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.