Thursday, June 21, 2018

Minestrone Soup - Western recipe for raya

Assalamualaikum w.b.t..

Kawan Qistina nak datang beraya,  ingat nak buat speghetti oilo je sebab tak ramai.  Pesan kat abah dia untuk beli speghetti.. tapi terbeli yg instant 8 min plak (selalu ai beli yg 1 hour cooking kalau nak buat olio).

Petang.. Qistina pulak beli lain  (ai dah pesan tak payah sebab ai akan cari sendiri), alih2 dia beli juga...  dan "salah beli" lagi, walau pun brand lain. Adehh...




Tak tau lah kalau org lain...
Tapi kalau ai memang suka speghetti yg lambat masak (1 hour cooking) sbb akan lebih kenyal.  Selera masing2 kan.
This is my personal opionion ye.


So,  dah terbeli..  terpaksa lah ai membuat percubaan resepi lain utk disesuaikan.... dan minestrone soup muncul dalam kepala.

Here we go!!


Minestrone recipe ala Miss Mirror

Speghetti (8 min)  sebungkus.
Daging (potong kecik2)  600 gram
Potato 1 biji
Tomato puree  - 3 sb
Bwng holland -  potong dadu  - 1 biji
3 garlic  -  ketuk
Bay leaves - selai
Thyme - 2 st
Brokoli  -  suka ati.
Tomato - buang kulit & potong2.
Air.
Garam.
Black pepper.
Serbuk lada.
Stok lembu.
Pamersan cheese sbg taburan.


CARA

Rendam dulu utk menghalau "binatang2" di dalamnya..


Masukkan olive oil  dlm kuali then...
masuk bwng2.. hingga layu.
Seterusnya daging, kentang dan bhn2 lain (kecuali speghetti).
Tambahkan sedikit air.



Renehkan hingga 1 jam sbb ada daging dlm tu.

 Bila daging dah empuk... masuklah speghetti.  Jgn lama2.. 8 min je.. pastu tutup api.



Tabur pamersan cheese dan hidangkan lah di dalam mangkuk.  Taburi dedaun hijau yg bersesuaian.. contohnya parsley untuk menaikkan seri.

Hanya sesuai utk dihidang panas shj.
Kalau kurang umph.. tambah2 le cili padi.


Sekian.


4 comments:

  1. Salam aidilfitri sam..

    Kira ok lah sam..
    Simple.. mudah dan sedap..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah Kak Yati...
      Cepat je masak..
      Cuma kdg2 kalau kita lupa tgk label..
      Memang akan terlupa dan over cook plak.
      Selamat hari raya.

      Delete
  2. Selamat malam Ibu ucapkan, singgah blog walking blog sis sam. WAh western manjang sis ni

    ReplyDelete
  3. tak tahu ada spageti yang masak 1 jam.. ingatkan semua spageti masak kejap2 je..

    ReplyDelete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.