Monday, June 18, 2018

Syawal 2018 Kami

Assalamualaikum w.b.t  and morning!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua.
Untuk rekod :  hari ni anak3 dah kembali semula ke sekolah setelah cuti raya.

Alhamdulillah.  Aidil fitri di sini dilalui dgn baik, tidak "seburuk" atau "sesedih" yg kusangka.  Kekeke..

Alkisahnya,  sebelum puasa hari tu,  gang2 seperantau ada memaklumkan yg mereka akan berlebaran di tanahair masing2.  Sedihlah ku mendengar lantas terjatuh shawl2 raya yg sedang kubelek lantas tak jadi nak beli.  Kikiki... sebabnya.. selalunya merekalah insan2 yg menceriakanku di pagi raya sbg ganti insan2 tersayang di tanahair.


Punyalah sedih... sampaikan kat lorong2 London Street ditegur oleh seorang wanita bertopi ala2 Elizabeth Tylor, rambutnya hitam.. pasti org Asia.

"Eh!.  Napa nampak sedih naw ni?".

Oh... org Malaysia rupa2nya.  Aku tersenyum seketika sbg membalas sikap prihatinnya itu walau tak mengenali.

Sampai rumah aku bermonolog sendiri.. depan cermin.   Kah kah kah..

"Eh!.  Sam... kau lupa akan tip2 yg diajar oleh sifu2 perantau!.  Masyaallah.  Astagfirllah..
Bukankah kalau ada Allah... kita akan ada segalanya?.  Mengapa Sam kau masih letakkan pergantunganmu kepada manusia untuk mencari bahagia?.  Kau berdosa tau begitu..".


Oh.  Ha'ah... astagfirllah.   Ampuni dosaku Ya Allah. 


Maka... ramadhan pun menjelma. Akhirnya Allah hadirkan juga mood2 raya..  dan aku lupa akan kisah sahabat2 yg dikatakan tak dapat beraya kat bumi Perth tu.  Tetiba macam ada energy lain yg menjadi asbab untuk ceria di hari raya.  Tu yg sakan beli high heel bagai tu.


Ok cuci mata jap dgn menu2 raya kami ni..









Lantas... Jumaat hari tu our first Syawal kat sini.   Alhamdulillah... ceria dan membahagiakan!!!.     Meriah di sana sini sampai tak cukup badan untuk memenuhi undangan.

Malah  rupa2nya kawan2ku itu tak jadi pun balik kg mereka atas sebab2 peribadi (ank3 nak exam dsbnya).  Mungkin atas doa2ku juga... haha.. (marah pulak nanti kalau dorang tau).  Dan kami pun berayalah dgn happeningnya di sini diserikan pelbagai juadah dan baju2 yg berwarna warni.

So... moral of the storynya...  kita jangan cepat bersedih atas sesuatu dan sesungguhnya ceria dan bahagia itu semuanya adalah kurniaan Allah, manusia tidak mampu berbuat apa2. 

Andai ada sedih atau kekurangan di pagi raya,  mungkin kekurangan ahli keluarga atau mungkin kekurangan kita pada ibadah2 di ramadhan yg lalu.  (Ehh... copy jap ayat anak sedara ai dari Mesir ni).



12 comments:

  1. Selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. kak, cer up sikit gambo rayu :D

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri maaf zahir batin.. have a blast eid. meriah raya banyak makanan. sedap2 nampak semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Siti..
      Alhamdulillah nampaknya, masih ada rezeki utk menikmati hidangan raya.

      Delete
  4. Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada sis Sam mis mirror

    Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging.

    Insyaallah susah dan pahit hari ni ada manisnya di hari mendatang.

    Taqabbalallahu minna wa minkum

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil fitri. Ibu mohon maaf atas salah dan silap yang semestinya ada. Kerana kita manusia.

    Bersama susah ada senang kan mis mirror. Semoga lepas ni dapat balik terus di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mohon maaf kalau ada salah silap.
      Ya, mudah2an.. selepas susah, adanya senang.

      Delete
  6. Selamat hari raya aidil fitri maaf atas salah silap yang saya lakukan secara sedar atau pun tidak.

    Maklumlah blogger baru belajar menaip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eid Mubarak to U too Nasa.
      Teruskan berblogging ye wahai org muda.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.