Tuesday, June 12, 2018

Wanita Yang Dirindui Syurga

Assalamualaikum w.b.t

Thanks untuk teman seperantau dari Kota Singa untuk jemputan hari ni.. dgn tajuk "Wanita Yang Dirindui Syurga.".

So ini antara kupasan2nya ....

Kita dijemput masuk Syurga nanti atas rahmat Allah.  Kasih syg Allah.

Hal ini telah menimbulkan 1 couriousity pada seorang hamba..

"Aku telah beribadat pada-Mu Ya Allah tapi mengapa pula aku masuk syurga hanya kerana ikhsan-Mu dan bukan dari amal2 yg telah kuperbuat?".

Maka deal pun bermula di mana neraca timbangan pun menyukat amal hamba tersebut. 1 sisi untuk amal dan 1 sisi lagi timbangan nikmat penglihatan yg Allah beri.

Plingggggg!!

Ternyata timbangan  amal tidak mampu menandingi nikmat penglihatan Allah.

"Sekarang lihat.  Timbangan amalmu lebih ringan dan bisa membawamu ke dlm neraka.  Maka mahukah kau dihisab dgn cara yg sedemikian?".

Maka hamba tersebut pastilah enggan masuk ke dlm neraka dan mula faham konsep "rahmat" tersebut.




Di sana nanti... ada pelbagai asbab seseorang itu dipanggil ke Syurga.
Untuk yg rajin berpuasa akan dijemput ke Rayyan dan pintu2 lain untuk yg sekian2.

Mungkin ada insan yg dijemput ke syurga kerana sabarnya pada anak2, mungkin kerana baktinya pada kedua orang tua dan  mungkin dijemput ke syurga kerana sikap sabarnya pada insan2 sekeliling yg telah menyakiti dan menghinanya.

Ada beberapa tip supaya kita sentiasa istiqamah untuk berada di landasan yg benar.   Sentiasa anggap diri kita di dunia ini sbg tourist... iaitu musafir yg selalu meletakkan  destinasi kita adalah Syurga yg abadi tempatnya.

Anggap diri sbg org asing di dunia ini supaya kita sentiasa rindu "rumah asal usul" kita iaitu Syurga.

Mengapa kita ke Syurga atas rahmat-Nya?

Sebab Allah sembunyikn 3 perkara :

1) Allah sembunyikan redho-Nya pada setiap taat.
2) Allah sembunyikan murka-Nya pd kemaksiatan.
3). Menyembunyikan wali-Nya pd tiap hamba2.


Perkara2 kecil itulah yg mendatangkan redho Allah yg kemudiannya mengundang kita pada syurga Allah.

Contohnya :

Anda memberi senyuman pada orang (of coz le sesama wanita, jgn tergedik2 senyum kat somi org plak). Hal itu nampak kecil di mata anda tapi "di mata" Allah adalah besar.

Maka.. jgn kamu remehkan senyumanmu pd saudaramu.

Untuk contoh kedua :   Allah sembunyikan murka-Nya pada saat kemaksiatan.


Mungkin hidup anda asyik ada yg tak kena, sentiasa malang... ohhhh rupa2nya pernah terambik duit org, terhutang tak dibayar.. dan Allah tak redho.  So jgn meremehkan hal2 kemaksiatan walaupun kecil. Boleh jadi hal kecil itu menjadi tekit ke neraka.  Nauzubillahiminzalik.


Don't under estimate other people.

Jgn melihat kecil pada org lain. Boleh jadi  ia kelihatan gonjeng, comot, tak semengah tapi mulia di sisi Allah.    Anggap bahawa setiap insan ada potensi dpt hidayah.

Bear in mind : Semua anak adam adalah pendosa, maka sebaik2 pendosa adalah bertaubat.

Bagaimana untuk menggapai semuanya itu?.

4 amalan utk dpt redho Allah

1). memberikan salam antara 1 sama lain.(tebarkan salam) - dgn  salam akan menggugurkan dosa.
2). Berikan makan pada org.. (lg2 bln posa ni).
3). Bersilaturrahim  (niat dr rumah kerana Allah). Contohnya berkunjung di hari raya ke rumah2 kawan.
4). Solat di mlm hari ketika org2 tido.


Sekadar gambar hiasan sbb comel.



Diriwayatkan bahawa Imam Syafi’e Radhiallahu ‘Anhu setelah mencapai umur empat puluh tahun, beliaupun berjalan dengan tongkat sepotong kayu. Apabila ditanya sebab beliau berbuat demikian, beliau berkata:


"Biarlah aku senantiasa ingat bahawa aku ini kini sedang berjalan menuju ke akhirat".


p/s  :    kita hanyalah musafir...

6 comments:

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.